✔KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MATERIAL LYCRA,DECOT SERTA MOSS CREPE

Bismillah.

Gambar hiasan




Dalam islam kita sebagai MUSLIMAH kita telah diajar panduan menutup aurat dengan cara yang betul.



Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga. Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

AURAT WANITA ADALAH SEMUA ANGGOTA BADAN KECUALI MUKA DAN PERGELANGAN TANGAN,

Cuma disini ada beberapa isu yang timbul...
tudung besar dan labuh tapi nampak lekapan dan juga bayang terutamanya warna putih dan cerah..

macamna kita sebagai MUSLIMAH nak elakkan perkara ini berlaku.
antaranya isu LEKAPAN dan BAYANGAN.

untuk warna putih biasanya pakaian yang kita pakai pun memainkan peranan. jubah yang kita pakai gelap ianya tidak akan menampakkan dengann jelas bayangan kita memakai tudung.

pemcahayaan juga sangat memainkan peranan penting, masa sekolah menengah dulu kita semua diwajibkan memakai kain dalam walaupun kain hijau/biru warna gelap. kerana apa? kerana bila kita berada di kawasan yang tak sepatutnya.. DALAM CUACA YANG PANAS.. BIASANYA BAYANG AKAN KELIHATAN,, JADI KITA PERLU BIJAK LETAKKAN SITUASI KITA DIMANA.. bayang kaki kita akan kelihatan. tapi bukan semua keadaan begitu. dalam erti kta mana2 kain sama sahaja.. cuma kita sebagai pemakai kena bijak dan memainkan peranan. rasa tak selamat kita pakai inner. jadi

nak terus solat boleh terus pakai MINI TELEKUNG, mini telekung daripada MATERIAL JAPANESE COTTON SANGAT BAGUS. kain sejuk..

allahu'alam..


================================

cara untuk mengelakkan LEKAPAN adalah melalui pemilihan kain tudung/pakaian yang digunakan.
BIASANYA BAHAN /MATERIA KAIN YANG DIGUNAKAN ADALAH DARIPADA:-

1. LYCRA - BERGANTUNG JUGA kepada jenis lycra. biasanya lyra yang digunakan 320gram adalah berat. ada juga yang lycra 280cm.. jenis2 tu yang menyumbang kepada berat/kepadatan kain . sebab lycra ini dah synonim dengan jarang, walaubagaimnapun lycra ini sejuk bila dipakai. faktor badan seseorang juga mempengaruhi. ada tailor memberitahu faktor lekapan ini berlaku apabila tailor menjahit tudung dengan tidak melaskan bidang bahu. kalau kita perasan badan besar/bahu lebar.. bila pakai tudung akan tersangkut dibahagian bahu. bila kes ini terjadi akan berlakula lekapan.. sebab itulah biasanya tudung labuh yang benar labuh dan luas akan 'makan' atau menggunakan kain yang agak banyak drp biasa. sebab itulah biasanya harganya lebih mahal.

Faktor lekapan : Sangat kurang atau terus tiada bagi Fizikal Kecil dan Sederhana. Tetapi Faktor Lekapan tetap ada bagi yang fizikal besar. tapi tidaklah terlalu menampakkan tubuh badan.

UNTUK ELAKKAN LEKAPAN DICADANGAKN SUPAYA MEMBUAT SCALLOP (OMBAK
)DI BAHAGIAN HADAPAN TUDUNG. PIN KAN DIBAHU KIRI DAN KANAN UNTUK KESELESAAN YANG MAKSIMUM.

allahu'alam..


 2. DECOT - material ini adalah campuran daripada DENIM dan COTton (DECOT). Seperti kain lain ini juga banyak jenis /gred.  Kain ini boleh dikatakan ISTIMEWA Kerana sudahlah printing warna plain di badannya sangat cantik tetapi ianya juga lebih tebal dan sejuk. Cukup selesa bila memakainya. kain ini berat dan jatu apabila dipakai. 
Faktor lekapan : Tiada terus bagi yang fizikal kecil atau sederhana tetapi bagi yang mempunyai fizikal besar, faktor lekapan masih ada tetapi sangat kurang.

kerana kain ini pun ada beza mengikut keluaran, untuk keluaran dmahligaiscarf kainnya sejuk, berat dan jatuh serta ironless. berbeza dengan keluaran alfaro. kain agak ringan.. walaupun bagaimana pun ianya bergantung kepada keselesaan pengguna. allahu'alam



3. MOSS CREPE : MATERIAL KAIN INI AKAN POPULARI AKHIR2 INI.
Inilah kain yang menjadi pilihan pelanggan dan ramai pengeluar tudung menggunakan material ini. pa taknya, material sangat mudah diurus, materialnya yang sejuk, selesa dan lebih tebal tetapi ianya tetap ringan dan begitu sesuai untuk dipakai di mana- mana sahaja. 
Tekstur material  nampak eklusif  dan  menjadi pilihan muslimah bertudung labuh.

Faktor lekapan : Tiada terus bagi yang fizikal kecil atau sederhana tetapi bagi yang mempunyai fizikal besar, faktor lekapan masih ada tetapi sangat kurang.

Factor cuaca negara kita juga memain perasan. Kita sebagai pengguna kenalah bijak pakaian yang sesuai untuk kegunaan ,keselesaan serta keadaan persekitaran kita.

4- Denim Bulu Kucing.
Ianya lembut bila dipakai Dan sejuk. Biasanya Kain ini berat jatuh ke bawah.
Ia juga Ada gred. Ada jenis yang Ringan Dan berat.

Moga ianya dapat membantu dalam membuat pilihan yang terbaik  
Buatlah pilihan yang terbaik UNTUK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.


Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan pengalaman menjual tudung selama 8 thn. Jika ada Salah silap mohon maaf. Terima kasih.





Share this

Related Posts

First
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...