Day 14 - SOCIAL DISTANCING Covid-19 - resepi keli sambal belado x sunflower x aktiviti PKP

bismillah
alhamdulillah...

hari ini bermula challanging untuk anak2.. masing2 semangat..hahha..


nanti saya update kemudian

pagi ini.. sesi hafazàn sampai 8.30am


sarapan roti tabur milo dan air milo.

roti tu jiran yang beri semalam.
tq abg sam dan kaknaa sekeluarga.. kelmarin kaknaa bg 2 ekor ayam...moga dimurahkan rezeki selalu yg halal lagi berkat. aamin

lepas itu semua main badminton di luar.

aimy je masih tidur..

masing2 buat aktiviti luar.

10.00 pagi tand by kelas.. tapi cikgu tak masuk lagi..

start 10.30am masing2 dah lapar semula..

mami panaskan mee hailam dan màsak goŕeng.

berebut2 makan



nasi goreng untuk ya habibi zauji.. full... sebab banyak minum..  

isteri pun kena memahami suami. suami nak ke kebun guna tenaga banyak.. so kenalah masak masakan yang berat. masak lunch selepas 12noon . 
kelas anak2 sedang berlansung..
anak2 yang tak sekolah pun nak perhatian...asalkan perut kenyang..selesa.. happy...

======

Perkembangan Pokok Bunga Matahari:-






======

plan Menu lunch : IKAN KELI MASAK BERLADO KOT.
SAYUR TUMIS PUCUK PAKU..

alhamdulillah habibi zauji petik semalam. jadi rezeki kami sekeluarga hari ini in shaa Allah..

 masaknya belum lagi..🤭🤭🤭

====





belum lagi alisha dan amin.
kena buat berperingkat. tak boleh buat sekali. 

Cabaran ...hahaha...




Alisha kesian ter log out.. menangis dia. Xnak buat semula.. mami pun dh letih.. nk recharge tenaga dulu . Tdo qailullah jap..

=======

maaf anak2 hari ni lunch lambat sikit. lepas sediakan bahan.. solat dulu.baru masak. almost 4pm.








yang kesiannya kerja sekolah ammar tak dapt buat..
bila keluarkan warna, pen warna, kertas dan gunting.. amany sampai dulu... 
memang tah berapa kali simpan.
masa dia tidur tadi mami masak

harini cikgu banyak sangat bagi kerja sampai tak tahulah perasan ke tak.. ada juga kerja sekolah anak2 yang belum siap.

abi kata relax je la..
😂😂😂😂

======

1 anak dah berapa subjek dalam tu

darablah dengan 4 anak..

😂😂😂😂

+2 anak tolong kacau

🤣🤣🤣🤣

Cara Mudah menanam Pokok Bawang

Bismillah

Hari ini 31 Mac 2020

Saya akan kongsikan cara menanam pokok bawang. Idea ini timbul bilamana dalam PKP menghadkan untuk pergerakan keluar rumah. Jadi sebagai suri rumah saya terpanggil ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk diri saya seterusnya kepada orang lain. Moga ianya dikira sebagai amal jariah in shaa Allah.

Seperti sebelum ini, sebelum PKP dilaksanakan saya suka menanam sikit2. Niat nak jimatkan duit belanja dapur. Maklumlah kita tidak bekerja tetap. Ada jual tudung pun sale tak menentu. Bila anak makin membesar , perhatian khusus lebih untuk pembesaran dan pembelajaran anak2. Bila suami sahaja yang bekerja, sebagai suri rumah yang tidak bekerja makan gaji secara tidak lansung menjadi tanggungjawab untuk sama3 meringinkan beban suami. Pada masa yang sama juga kita belajar untuk berjimat pada perkara2 yang dirasai boleh.

=======
Pokok daun sup dan daun bawang adalah pokok yang susah untuk ditanam.

Bila tahun ini saya menanam daun sup dan nampak berjaya.. Saya berada syukur alhamdulillah akhirnya eksperimen berjaya. Sebelum ini entah berapa kali gagal. Takpa kita belajar daripada kesilap.



Xxxxx


====

Bahan2 yang diperlukan

Bekas telur
Tanah pasir
Tanah  biasa
Air
Keratan bawang

====
Projek ini bermula hari Sabtu.

28.3. - Hari pertama.
potong keratan bawang
basahkan sedikit bekas telur
isikan tanah + pasir
letakkan potongan bawang




29.3. - Hari ke-2




30.3 - hari ke-3


31.3 - Hari ke-4





1.4.2002- Hari ke-5



2.4.2020-  Hari ke-6




3.4.2020 jumaat -PKP ke-17



dah berakar nnt kita akan pindah bekas ya..kita akan update lagi ya... stay tune..



TUGASAN SEMPENA PKP - SKLK (18Mac -31Mac) ( 1April - 14 April) 2020

TUGASAN SEMPENA PKP - SKLK (18Mac -31Mac) ( 1April - 14 April) 2020


Bismillah...

Memandang banyak kelas untuk anak2 soleh solehah sepanjang PKP ni.

Sejujurnya tak terkejar.. 
WhatsApp banyak masuk sampai confuse mana satu nak buat. 

Cuma ada beberapa kelas yang bagi briefing details mudah untuk faham.


Ringkasannya:-

Kelas Afifah 3UM
10am - 12noon 
Submit quiz b4 9pm.

Alisha 4 UM
Submit bila buka sekolah
Print buat kat buku latihan
Ada juga link yang diberikan.

Mami kena tepek juga link2 yang berkaitan
di sini supaya tak ter"miss"

Kelas Amin 5UM
Cikgu whatsApp no abi.
So abi yang handle.
Mami pantau.

Kelas Ammar prasekolah.
Paling banyak keje. Haha.. 
Hari2 ada homework.
Homework senang tapi paling susah nak siapkan

Tugasan Ammar yang dah siap.
- poster #stay at home
- cari dan tampal Capital Letter A-Z
- yang bawa ni ammar tak siap lagi.
(Kelas clash Afifah dan Ammar, pastu dah tengahari mami nak masak pulak)..
Fokus Afifah dulu.. petang baru kerja ammar. 






Esok pagi2 nak kena siapkan juga ni..
Ammar azam nak bagun pagi. Siap minta abi kejut pukul 6am.





CARA MUDAH MENANAM TAUGEH (BEANSPROUT)






Musim Perintah Kawalan Pegerakan membataskan kita untuk membeli keperluan barangan dapur terutamanya barang basah.


Saya baru dapat video ini daripada whatsApp group.


Mudah sangat cara2nya..


Ingat lagi pertama kali menjadi preschool teacher di Tadika swasta Shah Alam. Guru diminta untuk membuat experiment ini.


Bukan kata anak murid pun teruja.. 
Cikgu pun teruja..hahaha..

Rindu kelas 5 (x ingat)..hahha.. saya pun dh lost memory nama kelas tu.
Tapi antara nama anak murid yg masih ingat

Hakim
Mikael
Amir Farouq
Amir Hamzah
Nabil Farhan (masih kat Tebuk Pulai kah?
Khairul Amin
Hakimi

Akashah
Mawaddah
Qurratul Ain
Auni Adnin

Masa tu tahun 2007 mereka 5 tahun .. means umur mereka tahun 2020 ialah 18tahun.. Masya Allah.. tua dh rasa diri ini...

=======


Jom layan video ini:-


Selamat mencuba ya... 

====
Kata2 hari ini...

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang bermanfaat untuk diri anda dan keluarga..

"THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤,"

Review Product -AURA Hand Mixer Jenama RUSSEL HOBS



Bismillah.

Alhamdulillah..

Pertama-tama syukur kepada Allah segala nikmat iman dan islam kepada kita..

Alhamdulillah dikurniakan kesihatan baik. 
Moga kita tabah dan menerima dengan tanah ujian dalam tempoh PKP. 

Harini masuk 2 hari PKPD di sg lui. Kawasan yang terlibat Bt 21- Bt24.

Menurut sumber kawan yang tinggal di situ, peningkatan jumlah yang terkena jangkitan covid-19 adalah drp Tahfiz di kawasan tersebut.
Di ceritakan terkena jangkitan drp  ijtimak tabligh. Buat masa ini tiada jangkitan kepada penduduk kampung. allahu'alam.

Moga semua baik2 shj in shaa Allah.

======

Saya pernah beritahu di posting blog saya sebelum ini.. berkenaan hand mixer yang best digunakan.

Sejujurnya sebelum ini saya beli yang jenis hand mixer yang biasa org pakai. harga yang saya pernah jumpa paling murah rm9.90. ada juga jugal rm14.xx paling mahal rm19.90. 

Biasanya barang letrik ini jika tidak digunakan ianya akan rosak. lagi2 kalau di rumah ada serangga perosak seperti semut hitam dan cicak.

========
Harga pasaran Hand Mixer Russel Hobbs ni RM50.

jom ikut saya.. kita selongkar apa yang ada dalam kotak russel hobbs ni...

Kotak luar




AURA
HAND MIXER
RUSSELL HOBBS

=======


kotak tepi


Kotak depan


=====
1 set yang best.


dalam kotak itu..ada sekali
ada whisk dan hooks (biasa org guna untuk uli roti) dll. 


Stand mix.
bow tu tak disertakan ya..
bow tu saya beli RM5 kat Gaint. Rasanya dah bertahun jugalah pakai. 5 tahun lebih kot rasanya.


korang mesti akan jatuh cinta.. dengan hand mixer aura ni..
memudahkan kerja selepas digunakan.. Tegakkan sahaja... tak perlu lapik atau baringkan...


Pemukulnya jesnis kurus. 
Ianya yang mudah dibersihkan. 
cepat kering selepas dibasuh.
tak mudah berkarat. 


=========

Kalau hand mixer biasa seperti gambar di bawah. Seriously ambil masa nak basuh..
kelemahanhya lagi ianya mudah berkarat..


=========

Cara menyimpannya pun sangat mudah.. 
1. boleh simpan terus dalam kotak.
2. Gantungkan supaya mudah nak capai ketika menggunakannya..
contoh saya suka gantung macam dalam gambar ini sebab mudah dilihat dan mudah dicapai. Sebab kekerapan saya menggunakannya dalam masa masa sebulan agak kerap. kelemahannnya anak2 capai. tapi saya dah pesan pada anak2. main yang jenis lain. Yang tu mami punya..🤣🤣🤣🤣

======



instruction
Arahan ringkas.

=========

380w
Free whiks
5x putaran.

Gerakan sangat mudah .
 Button tak keras.  
Smooth jer.
Jadi tak perlulah nak tekan kuat2 masa nak alihkan putaran
1- very slow ( 1 yang ni pun dah laju) 🤣🤣🤣🤣
2- slow ( xdela slow mana pun)
3- medium
4-   laju sikit drp medium
5-  fast (paling laju)

Pilihan di tangan kita.... 
Perlulah berjimat berbelanja serta belanja untuk kegunaan jangkamasa panjang..

======
Nanti kita update video in shaa Allah)
=====

Kata-kata hari ini..

Memang susah nak hilangkan rasa tak percaya pada seseorang yang selama ini kita kenal hormat dan baik tapi sebenarnya dibelakang kita "cakap tak serupa bikin".. 
menyakitkan hati bukan..

tapi selama mana kita nak sakit hati.. buat penat kita je..

solution/jalan penyelesaian:-
Ingatlah apa yang kita kata pada orang boleh kena pada diri kita semula.. walaupun tak kena immediately (secara tiba-tiba). Berjaga2 dengan kata2 dan prasangka (detikan hati).

sedangkan di Mekah/Madinah kita terdetik sedikit perkara tak elok Allah akan terus bayar cash.

didiklah mulut dan hati mulai hari ini..

Diri yang kena kata.. 
buat tak tahu sahaja...
Anggaplah tiada apa yang berlaku... sebab dia berkata je.. bukan dia serang fizikal kita...hahaha

Stay positive

====
"The Secret Ingredient is always ❤"

-Cik Aster


Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...