🍮 🍽 Resepi Mudah - Puding Roti kuah Kustard

Assalamualaikum

Lama tak update kat blog. 

Mcmnilah rutin suri rumah
Masak2 sbb teringin nak makan
Tapi akhirnya nasi juga dicarinya...

Balik kepada resepi
Saya dpt respi kat sini.. ini adalah resepi asal
Resepi Puding Roti Kukus Berkuah Sos Kastard 😍😍😍😍

*PUDING ROTI KUKUS*

BAHAN- BAHAN :-
5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
2 sudu butter
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )

CARA- CARANYA :-

Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh..ana guna blender ja.huhu)
lepas tu, masukkan susu cair, kacau sekata.
Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang bagi comel-comel tau!
kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
Kukus selama 20-25 minit.

*SOS KASTARD*

BAHAN-BAHAN :-
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila.

CARA-CARA :-
Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.

like & share  fb
Credit to Resepi masakan malayu

💕💕💕💕💕💕💕

Tapi sy olah sedikit..

Ini versi olahan saya

🍞PUDING ROTI BAKAR🍞

BAHAN- BAHAN :-
10 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
3-4 biji telur (tgk gred telur. Klu gred A 3 biji cukup)
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
2 sudu butter nak sapu kat roti. Sy guna anchor.lain2 pun xpe.
Kismis ( sekadar ada )
Badam (utk hiasan topping) mmg sedap klu ada badam

CARA- CARANYA :-

Masukkan telur, gula, esen vanila dan susu cair 1 tin dalam satu bekas, sampai sekata / kembang (sy blend kesemuanya menggunakan blender)

sapukan  butter pada roti depan dan belakang. Saya potong 4. Kemudian susun dalam loyang bagi cantik.

kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang dan tabur kismis.

Bakar dlm suhu 200'c dlm 30-45 bergantung kpd oven masing2.
Sebelumtu panaskan oven terlebih dahulu.

🍍SOS KASTARD🍍

BAHAN-BAHAN :-
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila.
Saya letak butter cket je.. saja suke2 hati..😂😂😂

CARA-CARA :-
Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.

Basically sos kastard tu sy belum pandai sgt nk buat sbb sy buat tu berketul. Cuma masa nampak berketul tu sy tapis.. pastu okla.

Asal sedap .habis di makan.

Bila tanya suami... rasa ape...
Dia jawab.. rasa rotila..

Hahaha.. kami makan dan gelak sama2.. 🤣🤣🤓🤓🤗🤗

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...