Projek Mini:🍄Cendawan Tiram 🍄

Bismillah...
Projek kecil-kecilan ya habibi zauji..🥰🥰🥰

Pengalaman ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.. tapi ianya boleh dibahagi2 dengan berkongsi cerita. Tapi setiap orang mempunyai pemahaman berbeza bergantung kepada pengalan.

Ok berbalik cerita tentang Cendawan tiram.. sekarang mudah nak Tanya..bekas tu beli je online. Nak buat sendiri pun boleh.. googlela sendiri..haha.. biasanya letak serdak kayu.. pastu letak spora Cendawan. Bab spora Cendawan tu saya tak tahu beli kat Mana..

Bekas cendawan beli shopee.
Mudah nak disediakan.. sebab segalaa Panduan disertakan di dalam kertas.

Mula2 sebelum buka penutup bekas.
Kena pastikan spora (bintik2 coklat) turun ke bahagian bawah bekas. Sebab seller isi spora bahagian atas . Jadi kita Kena tunggu supaya sopra turun.

Macam kami sampai lupa nak cek sebab masa terima barang nak dekat Raya. Dalam 2 Hari lg na Raya.. minggu ke2 Raya baru teringat.

Baru buka penutup..
Bersihkan kawasan penutup..


Ya habibi zauji susun macam ni sebab nak mudahkan menjaganya..  kami letak bawah bekas simpanan air...

Pastikan letak di kawasan yg lembab Dan gelap. 

Alhamdulillah.. seronok nampak bila dah bercambah....

Balut dengan Kain basah.. 
Kita asal Cuba dulu..
Buat experiment Cari pengalaman..hehe

Dalam 3-4 hqri hqri bercambahlah cendawan

Oh ya...Kena spray juga 2x sehari utk memastikan permukaan sentiasa lembab. 
Macam habibi zauji dia letakkan Kain lembab dipermukaan luar.

Nak Kena tunggu besar sikit nanti boleh tuai .


Kalau ikut kata seller tu..
Ianya boleh bertahan selama 4bulan.. 


So mak2 boleh Cari resepi masak Cendawan dari sekarang jika Ada plan nak tanam sendiri.

Apa2pun pada kami ianya lebih kepada suka2 nak ajar Anak². Disamping it dapatlah belajar Dan Cari pengalaman memetik Cendawan..budak2 mesti suka punya.. 
Nak memenuhu masa pkp/b ni ..

Gambar ni diambil malam tadi ...
6/6/2020

========




Pagi ini dah Makin panjang Cendawan keluar daripada bekas..

Alhamdulillah..😍😍😍

Projek bulan puasa Ada juga buat taugeh..
 x sempat nak update..sebab rasa macam Tak jadi utk 1st trial...
Tapi pagi Raya hidang dengan Mee Kari.. 
Mak Dan kakak2 ipar kata jadilah tu sebab kepala taugeh tu besar.. 

Pada saya Tak jadi.. sebab saya tengok akar taugeh tu kontot..😂😂😂

Masa bulan puasa abg Salman buat kat rumah mak mertua.. akar dia panjang..

Rasanya dia sedap Dan ranggup..
Says suka jenis taugeh yg begitu. ....🤣🤣🤣

=======

Kemaskini jam 14:30 petang
07/07/2020






Petang ni jenguk2 juga cendawan tiram ni..
Makin panjang keluar drp bekas.
Hari ini cuaca pun agak mendung.. pagi td bekas atas tu masih nampak kecil.. petang ni dah keluar.. seronok Pula..rasa nak rakam... Mami yang excited lebih ni..🍄🍄🍄🍄🤣🤣🤣🤣

=========

Perkembangan pagi ini
 0900 pagi



=========

Perkembangan jam 0715 pagi
09062020

Sempat ambil gambar ini semasa menuai. Sebab ambil video sampai lupa nak ambil gambar.

Cara nak tuai.. Kena tarik sekali dengan akar.
Macamtulah ikut panduan kertas yg seller sertakan..

Lebihan akar pada permukaan penutup harus dibersihkan untuk memberi laluan spora cendawan baru tumbuh.

Bersihkan perlahan2 ya.. kalau Tak dibersihkan dengan betul kebarangkalian tunas baru tidak keluar. (Sebab antara 6 bekas tu.. ada 1 bekas belum mengeluarkan hasil).. mungkin sebab tidak dibersihkan betul2 .. menyebabkan tunas baru tidak tumbuh..

Besar tapak tangan..


Kat kedai elok je bulat.. cantik


Tanam sendiri.. jadi curly..hihii


Macam dh tua.. kalau Kat beli Kat kedai Tak jupe kerinting mcmni.

-------


Hari ini Kita Cuba masak sup cendawan kegemaran abi dan Anak²..

Sup cendawan +suun

Selepas dituai Dan dibersihkan.
Tutup semula dengan penutupnya.
Ia dipanggil proses rehat. Proses ini dilakukan 7-10hari. Kemudian boleh buka semula penutup.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...