Ikan susu.....
Pertama Kali mendengar namanya agak pelik.. rasa janggal.. sepanjang hidup yang menghampiri 4 dekat baru mendengar nama Ikan ini.
Terlintas di fikiran mungkin rasanya seperti susu atau fizikalnya putih susu.
Alkisahnya bermula pengenalan mengenali Ikan susu ketika suami (ya habibi zauji) berkunjung ke rumah kakaknya di Muar,johor bersama mak dan kakak siti.
Inilah Rupa Ikan susu.. harganya murah sedikit berbanding dengan ikan siakap.
-----
Semasa makan tengahari, kakaknya menghidangkan Ikan susu Bakar.
Rasanya yang enak berlemak Serta lembut dimakan. Walaubagimanapun, ikan ini banyak during kasar Dan halus. Perlu berhati2 ketika menjamahnya. Hidangkan Ikan susu Bakar ini sangat sesuai dihidangkan bersama air asam. Memang ngam betul rasanya. Sayuran ulam sesuai hidangan sayuran bersama Ikan ini.
Ikan susu segar (fresh) sangat sedap dibakar. Selain dibakar... Tak pasti hidangan apa yang sesuai untuk Ikan susu ini.
Stuktur luar Ikan pun nampak berkilat Dan cantik..
-------
Oh ya... Tambahan kakaknya.. area Muar Ikan susu ini diberi jolokan "Ikan Bangla" .. kerana rata2 Ikan in menjadi kesukaab warga asing daripada Bangladesh. Lagipun harga Ikan ini lebih murah sedikit berbanding Ikan besar yang lain.
-------
Ikan ini selepas dibuang isi dalam perut.saya akan basuh bersih2 Dan lumurkan dengan asam jawa. Saya paling suka masak Ikan susu ini kerana is tidak terlalu cerewet. Apa taknya, tidak perlu bersusah payah menyiang sisiknya. Ikan susu yang hendak dibakar sisiknya tidak perlu dibuang. Tidak juga perlu bersusah payah memotong Dan mengeratkan..hihi.
Selepas limit dengan asam jawa Saya akan lumurkan dengan garam, kunyit, serbuk perasa HILAL @ Serbuk Lada hitam shiro.
Untuk membakar sangat mudah. Saya menggunkanakan kuali leper..
Memandangkan Ikan ini agak panjang kuali leper today dapat menampung keseluruhan Ikan.. tapi Tak mengapa kita boleh "adjust" sikit2.
Biasanya nak Bakar Saya suka gunakan daun kunyit. Aroma daun kunyit akan menambahkan kewangian Ikan tersebut.
Biasanya Saya lapik kedua2belah.
Masa nak Bakar Saya letakkan guna sedikit minyak..
Inilah rahsia kelazatan Ikan susu..
Bahagian isi perut yang mengandungi lemak lembut yang sedap berkrim bila dimakan.. agaknya sempena bahagian ini ianya diberi lojokan nama Ikan susu. Allahu'alam..
Pastikan Bakar API yg sederhana Dan tidak terlalu masak (overcooked). Peminat Ikan pasti akan menyukainya.. in shaa Allah...