Norma baru bakal haji di masa akan datang | Kerajaan Malaysia belum memutuskan Haji Tahun 1441H/2020

Bismillah..
 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدُ



Sebagai muslim kita mesti tahu Rukun Islam yang kelima adalah menunaikan haji.

Haji merupakna ibadah wajib bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan Serta Aman dalam perjalanan. 

Untuk haji 1441H belum dapat makluman lagi daripada Ketua Agama Malaysia @ Menteri Ehwal Agama. Kita tunggu sahaja makluman RASMI daripada pihak TH Dan juga pihak yang telah dipertanggungjawabkan utk urusan haji ini.

Apa2 pun biasanya pihak kerajaan Malaysia TH akan mendapatkan makluman balas daripada Pihak Arab Saudi sebab ianya berkaitan dengan visa haji juga. Allahu'alam..

To be countined

Alhamdulillah diberi kesempatan until membaca penulisan oleh

𝐃𝐑 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐃𝐈𝐑
𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐔𝐌𝐀
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
𝐏𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐅𝐔𝐑𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐇𝐇𝐅)


Jom baca bersama...

======================================
𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗

Apabila masuknya bulan Syawal, maka telah masuklah musim Haji dari segi pengertian syarak.

Maka timbul lah persoalan di kalangan umat Islam, apakah adanya Ibadat Haji pada tahun ini. Malah tidak keterlaluan sekiranya ada yang tertanya-tanya apakah akan ada ibadat Haji atau Umrah selagi pandemik Covid 19 ini berleluasa di seluruh dunia.

Sama seperti penulisan saya berkenaan bagaimana solat berjemaah boleh dilakukan ketika pandemik Covid yang Alhamdulillah telah banyak darinya dituruti di dalam keputusan Majlis Fatwa Negeri-negeri seluruh negara, izinkan saya menulis pula tentang tatacara perlaksanan ibadat Haji dalam tempoh pandemik Covid19 ini.

Pertama sekali, keputusan adanya ibadat Haji pada sesuatu tahun adalah keputusan Kerajaan Arab Saudi.
Sekiranya mereka memutuskan tiada, maka tiadalah.

Namun sekiranya mereka memutuskan mahu meneruskan ibadat Haji, maka ia perlulah dilakukan dalam suasana terkawal dan sistematik serta sentiasa mengutamakan soal keselamatan, kesihatan, kebersihan dan penjarakan sosial seboleh mungkin.

Ada ura-ura yang mengatakan Saudi mungkin akan membenarkan beberapa negara saja yang mengerjakan Haji pada tahun ini khususnya dari negara yang terkawal wabaknya.

Malaysia berpeluang cerah tersenarai berdasarkan pengurusan wabak kita yang cemerlang dan dipuji dunia.

Namun jumlah jemaah tidak bolehlah seramai dahulu. Mungkin hanya boleh dibenarkan 4-5 penerbangan saja. Itupun setiap penerbangan itu mestilah hanya 1/3 kapasiti penumpang sebenar bagi memastikan penjarakan sosial dapat dipenuhi.

Memandangkan ancaman utama ibadat Haji kali ini adalah melibatkan ancaman kesihatan, maka adalah wajib bagi jemaah haji Malaysia diiringi oleh pasukan perubatan khususnya doktor yang boleh berterusan memberi nasihat-nasihat kesihatan, panduan dan pemantauan di sana.

Tempoh menunaikan haji di Tanah Suci juga perlulah dipendekkan ke hanya 2 minggu saja. Tidak selama 45-55 hari seperti jemaah muasasah sebelum-sebelum ini. Ini juga bagi mengurangkan risiko.

Untuk itu, pemilihan jemaah yang layak perlulah ketat bagi mengurangkan risiko ke atas jemaah haji.

Hanya mereka yang berusia di bawah 60 tahun dan lebih dari 15 tahun dibenarkan menunaikan haji. Ini kerana orang tua merupakan golongan yang sangat berisiko tinggi dan kanak-kanak pula tidak wajib haji ke atas mereka.

Selain itu, jemaah haji juga mestilah sihat sempurna tanpa mempunyai sebarang penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi, asma, barah, sakit jantung dan sebagainya. Golongan ini paling tinggi kadar kematian mereka akibat Covid.

Jemaah wanita yang masih mempunyai haid juga perlulah berjumpa doktor awal-awal bagi memastikan aturan haid mereka boleh dirancang memandangkan tempoh haji akan disingkatkan ke hanya 2 minggu.

Kerajaan Arab Saudi juga perlu menguruskan penempatan jemaah ini mengikut negara masing-masing. Masjidil Haram dan Masjid Nabi amatlah besar. Maka boleh saja ditentukan jemaah dari negara-negara tertentu masuk hanya dari pintu yang telah ditetapkan dan solat hanya di zon yang telah diputuskan mengikut negara. Ini bagi memudahkan pengawalan jemaah. Bermakna percampuran di kalangan jemaah-jemaah haji luar negara tidak boleh dibenarkan sama sekali. Perkara ini boleh dilakukan dengan mudah sekarang memandangkan hotel-hotel di Mekah dah Madinah kosong tanpa kehadiran pengunjung sejak wabak Covid melanda.

Dalam melaksanakan ini, kerajaan Saudi boleh menggunakan teknologi. Access pintu masjid mestilah menggunakan QR code yang mudah atau scan barcode tertentu.
Ianya berguna bagi memastikan contact tracing lebih mudah dilakukan sekiranya perlu dan juga bagi memastikan jemaah dari negara lain tidak dapat masuk masjid yang dikhususkan pintunya buat jemaah negara lain.

Pemilihan jemaah mestilah mengikut kriteria ketat yang telah dinyatakan sebelum ini.

Semua jemaah haji hanya akan berlepas ke tanah suci seminggu sebelum wukuf bagi mengelakkan berada di Tanah Suci bagi tempoh lama.

Sekiranya garis panduan ini boleh dilaksanakan dan jemaah haji boleh menunaikan haji dalam tempoh
2 minggu, sebaik-baiknya dikerjakan Haji Tamattu’. Ini bagi memberi ruang kepada para jemaah untuk sentiasa mengutamakan kebersihan diri. Setelah selesai Ibadah Umrah, para jemaah boleh menanggalkan Ihram mereka dan kekal di dalam hotel masing-masing.

Semua jemaah wajib melalui ujian PCR sebanyak 2 kali sebelum tarikh penerbangan dan mestilah negatif kedua-duanya sebelum dibenarkan berlepas. Mereka wajib menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum berlepas. Kuarantin ini wajib dilakukan di pusat kuarantin yang disediakan khas bukannya di rumah para jemaah. Ujian PCR akan dilakukan ketika tempoh kuarantin ini.

Kursus-kursus intensif haji juga boleh diadakan secara online dalam tempoh kuarantin ini dijalankan. Sentiasa amalkan pemakaian topeng muka dan penjarakan sosial apabila bertemu sanak saudara. Elakkan sanak saudara mengiring beramai-ramai seperti amalan biasa. Memang sedih tetapi inilah antara norma baru yang kita perlu amal dan biasakan.

Demikian juga kedudukan tempat duduk penumpang di dalam penerbangan juga perlu dijarakkan. Dengan itu jumlah penumpang mungkin hanya boleh dibenarkan seramai 1/2 atau 1/3 dari kapasiti asal kapal terbang.

Gunakan sistem sedia ada iaitu single check in system “Makkah Route” di Malaysia. Apabila sampai di Arab Saudi, tidak perlu beratur untuk cop pasport di imigresen Saudi dan boleh terus naik bas ke penginapan masing-masing. Ini mengurangkan risiko pendedahan akibat perlu lama bersesak di lapangan terbang.

Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel menggunakan bas juga perlu dipastikan penjarakan sosial dipatuhi sentiasa. Hanya 1/2 dari kapasiti sebenar bas boleh diisi.

Penginapan juga perlu dipastikan mematuhi penjarakan sosial. Jika boleh biarlah hanya seorang dalam setiap bilik.
Memandangkan hotel-hotel kebanyakannya kosong sekarang, saya rasa perkara ini tidak menimbulkan masalah dan boleh dilakukan tanpa bebanan kos tambahan.

Sepanjang berada di dalam ihram, semua jemaah wajib memakai topeng muka (mask) sekalipun bagi jemaah wanita. Majlis fatwa boleh mengeluarkan fatwa berkenaan perkara ini bagi jemaah wanita memandangkan situasi darurat akibat wabak sekarang tidak memungkinkan pantang larang ihram ini dipatuhi. Sekiranya hukumnya tetap perlu membayar dam, maka jemaah perlulah bersedia melakukannya.

Jemaah perlulah sentiasa menjaga penjarakan sosial pada setiap masa termasuk ketika solat dan makan di kafeteria hotel. Jauhi situasi atau tempat yang sesak dengan kehadiran manusia. Lebih baik sekiranya makanan telah siap ‘dipack’ dan dihantar terus ke bilik penginapan.

Bawa dan guna hand sanitizer dengan kerap. Memandangkan hand sanitizer mempunyai pewangi kebiasaannya, maka perlu juga dikeluarkan fatwa berkenaan perkara ini memandangkan memakai pewangi adalah merupakan salah satu dari 13 pantang larang ihram. Saya berpandangan ia adalah ubat yang digunakan untuk mengelak jangkitan dan bukanlah pewangi badan. Terpulang kepada alim ulamak untuk memutuskan perkara ini.

Tidak ada aktiviti ziarah Kota Mekah dan Kota Madinah dibenarkan.

Apabila tiba masa untuk berwukuf terus pergi ke Arafah. Khemah-khemah di Arafah juga perlu mematuhi penjarakan sosial. Tidak boleh bersesak-sesak lagi seperti dahulu.

Tidak perlu mabit di Muzdalifah. Hanya lalu saja memadai. Perkara ini tidak menimbulkan masalah kerana sudah ada fatwa yang membolehkannya.

Di Mina juga perlu dipastikan khemah-khemahnya mematuhi penjarakan sosial. Tidak boleh bersesak-sesak seperti dulu. Sebab itulah jumlah jemaah haji kali ini mestilah kurang mendadak bagi memastikan situasi boleh dikawal.

Waktu melontar juga perlu dirancang. Pilihlah waktu yang tidak sesak seperti selepas tengah malam misalannya. Bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan melontarlah. Pemakaian mask dan penjarakan sosial mestilah diusahakan sebaik mungkin.

Jemaah digalakkan mandi terus setiap kali melakukan ibadat di tempat-tempat sesak seperti selepas  melontar, tawaf dan saie.

Kesemua jemaah Malaysia wajib Nafar Awal pada 12 Zulhijjah.

Sekembalinya ke Mekah, bolehlah selesaikan baki rukun Haji seperti Tawaf dan Saie secara teratur dan mengikut arahan Kerajaan Arab Saudi.
Penjarakan sosial mestilah dipastikan sepanjang masa dan pemakaian mask juga hendaklah diamalkan pada setiap waktu ketika berada di Masjidil Haram.

Jemaah lelaki dinasihatkan supaya bertahalul sendiri di penginapan masing-masing dan tidak mengunjungi kedai-kedai gunting bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Setelah selesai ibadat Haji ini maka jemaah perlulah kekal diam di penginapan masing-masing sambil menunggu perjalanan untuk ke lapangan terbang dan penerbangan pulang ke tanah air.

Tidak digalakkan ziarah ke Masjid Nabawi sepanjang tempoh pandemik ini.

Setibanya jemaah ke tanah air, kesemua jemaah wajib menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari. Mungkin hotel Tabung Haji  Movenpick di Sepang itu boleh digunakan atau mana-mana tempat lain yang lebih praktikal.

Sepanjang tempoh kuarantin, jemaah wajib menjalani ujian PCR sebanyak 2 kali dan perlu negatif sebelum boleh dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀:

Ibadat Haji boleh dilaksanakan sekiranya mendapat keizinan dan kerjasama padu dari pemerintah Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.

Ia boleh dilaksanakan dengan sentiasa meletakkan amalan penjagaan kebersihan, hand sanitizer, pemakaian mask, penjarakan sosial serta mengurangkan secara drastik tempoh masa di tanah suci dan meminimakan aktiviti luaran.

Tempoh masa melakukan ibadat haji ini kekal dalam lingkungan 42-50 hari (termasuk tempoh kuarantin wajib sebelum dan selepas ibadat haji).

Ceramah-ceramah kesihatan intensif perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan para jemaah sentiasa peka, berilmu pengetahuan dan berjaga-jaga melindungi diri mereka dari ancaman Covid19.

Penggunaan teknologi perlu diperkasakan seperti penggunaan applikasi untuk check in ke dalam Masjidil Haram, sistem QR code, urusniaga Cashless seperti Paypal, Paywave, Apple Pay, WeChat Pay atau Alipay yang kesemua ini boleh memutuskan rantaian jangkitan dan meminimakan risiko.

Penulisan ini adalah merupakan satu garis panduan bagi memberikan gambaran kasar sekiranya operasi haji terhad dibenarkan pada tahun ini atau pada tahun mendatang ketika pandemik Covid19.

Keputusan akhir sama ada Haji dibenarkan atau tidak adalah terletak kepada Kerajaan Malaysia.

Garispanduan ini terbuka untuk ditambah baik oleh panel pakar-pakar di kalangan Jabatan Mufti, Majlis Fatwa, Kedutaan dan Kerajaan Arab Saudi, Tabung Haji serta semestinya Kementerian Kesihatan Malaysia.

Inilah norma baru dalam ibadah Haji yang perlu kita amalkan selagi mana tidak ada ubat dan vaksin bagi membasmi virus ini.

Kita perlu fikirkan bagaimana Rukun Islam ini tetap boleh dilaksanakan kerana penemuan vaksin ini dijangka mungkin akan memakan masa beberapa tahun lagi dan seperti mana new norm di dalam urusan muamalat kita, perlu juga kita fikirkan new norm di dalam urusan ibadat kita. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari sisi Allah SWT dan diterima sebagai amalan yang soleh.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda:
“Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang d manfaatkan, dan anak sholeh yang mendoakan dia.”
(HR Muslim)


Disediakan oleh;

𝐃𝐑 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐃𝐈𝐑
𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐔𝐌𝐀
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
𝐏𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐅𝐔𝐑𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐇𝐇𝐅)

Link: https://www.facebook.com/2103902196606867/posts/2529346044062478/?d=n

========================================

Kesimpulan yang boleh Saya buat di sini berkenaan yang dicadangkan oleh beliau adalah:-

Cadangan oleh Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir

14 Hari kuarantin b4 fly
14 Hari menunaikan haji
14 Hari kuarantin selepas haji.

Tiada ziarah Masjid Nabawi

Ambil yg fardu haji sahaja.
Sebaiknya haji tamattuk.
Masih perlu Ada penjarakan sosial 1meter di dalam kapal terbang, masjid, melontar..Tidak perlu mabit di Muzdalifah. Hanya lalu saja memadai.
Jumlah yg pergi haji Tak boleh ramai.

Ini masih cadangan shj.allahu'alam. belum diputusakan lagi..

=======================================

Lagipun kerajaan Malaysia belum memutuskan untuk haji 2020 /1441H tahun ini

Antara negara yg telah memutuskan untuk pembatalan haji tahun ini adalah
SINGGAPURA

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.bharian.com.my/node/689193/amp&ved=2ahUKEwjTkueFxuzpAhXWgUsFHSEEB0UQFjAAegQIAxAB&usg=AOvVaw1mhLu-UaYW4b-FuVZEfaLq&ampcf=1

INDONESIA
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.bharian.com.my/node/695476/amp&ved=2ahUKEwjFqsCZxuzpAhWZF3IKHSJsBe0QFjAAegQIARAB&usg=AOvVaw16T2Lv3h-z9ns8LEN6U5fo&ampcf=1

KERAJAAN ARABSAUDI memerintakan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT
Kebenaran bersyarat itu mula berkuatkuasa mulai 31 Mei sehingga 20 Jun seiring dengan perubahan waktu perintah berkurung yang bermula 6 pagi sehingga 8 malam.

https://www.google.com/amp/s/www.airtimes.my/2020/05/26/arab-saudi-mula-benarkan-ibadah-solat-di-masjid/amp/

Allahu'alam..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...