HARI KE-19 PKP |🌻SUNFLOWER🌻| 👩‍🍳RESEPI BISKUT CORNFLAKES 🍪|💧SUMBER AIR BUKIT⛰|

Bismillah
Alhamdulillah

Date : 5th April 2020 (Sunday)

Harini tugasan membuat sarapan nasi goreng seperti sayu shj. Agak lambat untuk disediakan.  air paip keluar agak kecil...

Kawasan kami ketika hujan.. air akan menjadi kecil kerana kami menggunakan air bukit. Biasanya selepas hujan air akan bertukar menjadi keruh. Air yg diempang di kawasan bukit...biasanya akan tersekat dengan daun, kayu dll.

Personal incharge yang telah dibayar upah oleh penduduk kampung (yang terpilih shj) . ada charge yg dikenakan. biasanya charge utk setahun dan tengok siapa yang incharge. ada tempat kena byr rm500 setahun.allahu'alam..

Sebenarnya penduduk kampung yg terpilih dgn erti kata terpaksa menggunakan air bukit dek kerana air Kerajaan tak dapat masuk kerana kawasan agak jauh ke dalam. Alhamdulillah kami bersyukur dengan apa adanya.
walaupun airnya keluar kecil. ada masa tekanan air tinggi.. besar dan kuat serta banyak airnya... laju... Bekalan baik dan ada sentiasa. alhamdulillah..

Harini masak
Ikan goreng, sardin, sayur tumis serta ulaman bayam Brasil.

Mood harini mcm slow sikit..
Penat sangat rasanya.. belikat semua sakit..😅😅🤪🤪🤪😂😂😂 bekerja keras sehingga menghadap kerja rumah dan anak2.

Sebenarnya sejujurnya   perasaan ini sangat suka bila anak2 semua ada di rumah...rasa aman anak2 kat rumah... tapi bila anak2 x ikut peraturan.... lain pula jadinya.. kerja ibu makin bertambah.

Alhamdulillah suami memahami...bantu mana yg perlu.. anak2 pun ada masa bekerjasama ada masa buat hal sendiri. Yang x tahan . Amik kerja a4 lukis warna.. sepah 1 rumah... heaven..🤣🤣🤣🤣🤣

====

Petang tadi baru rasa nak buat sesuatu..
Kek oren Dan cornflakes ranggup.
Dapur agak kecil.. jadi bila nak guna oven..  perlu angkat.. bila x guna angkat Dan simpan tempat yg sesuai.

So kitabuat 2 menu sekali .. alang2 guna oven...

biskut cornflakes
klik untuk melihat resepi RESEPI BISKUT CORNFLAKES RANGGUP 

kek oren tak berapa nak jadi.
panjang ceritanya..hihi


alhamdulillah cornflakes ranggup ni jadi. ni cubaan kali ke2. 🤲🤲❤ sangat happy. 😋😍
sebab aimy gigit pun x keras sangat.. x manis sgt.. (buat petang... malam lepas maghrib baru last siap bakar) tu nampak malap je gambar biskut..🤣🤣🤣

======

pertumbahan pokok bawang. 5.4.2020
dah patut kena pindahkan..sbb dah kering bahagian atas..






====

alhamdulilah.. 








===

Muhasabah hari ini..
bila siang tadi.. memdapat berita ustazah tersohor meninggal dunia.. terasa kerdilnya diri ini...
Allah.. tertamya2 amalan apa yg hendak dibawa... rasa byk saaaaangat kekurangan...

ditambah pula selepas mendengar ceramah ustaz..
pengikut imam mahdi..
1- golongan pembaca,pencinta ,penghafaz Al quran.
2- lupe... 😅
3- golongan yang banyak berzikir

so pilih kita nak golongan yg mana?


======

kata2 untuk diri sendiri:-

maafkan sahaja orang yang pernah berkata perihal kamu.. macamlah kamu baik sangat, tak pernah berkata perihal orang.
jika orang itu terlalu obsess memperkatakan perihalmu biarkanlah sahaja dia menambahkan pahala untukmu..
walaupun dalam hati sakitnya Allah sahaja yang tahu.
Sabarlah! Sabar itu indah..
Orang yang sabar tempatnya di syurga....

moga aku menjadi ibu yang sabar mendidik anak2 di jalan yang taat kepada Allah dan RasulNYA..aamin

-Cik Aster

" THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...