[HARI KE-21 PKP COVID-19]|7th April 2020| Tazkirah | today activities | lempeng lembut sedap |Tazkirah|

Bismillah

Alhamdulillah...

Pagi tadi suami hantar mil pergi klinik untuk cek darah. Tapi makmal tutup sampai kes civid-19 selesai katanya.

Sempat bekalkan nasi lemak kosong dan lempeng + sambal ikan bilis. alkisahnya dah gorengkan telur mata tapi lupa nak masukkan dalam bekas.🤕🤕🤕😅😅😅

resepi lempeng hari ini special sikit saya tambahkan sesudu 1 ½ sudu buttercup yang dicairkan.
resepi sama seperti
lempeng simple cuma saya gantikan minyak kepada buttercup yang dicairkan sahaja.
nanti saya cuba buat entry baru in shaa Allah.

=====

memandangkan semalam dah rebus cili kering.. jadi pagi ini
masak nasi lemak dan lempeng Serta buat sambal ikan bilis  .
 Anak no.3 cakap masak lempeng sedap... memang dia suka makan lempeng. manakala anak no.2 fav dia makan nasi lemak. tadi makan sampai jilat jari..alhamdulillah

Harini tak sempat nak melihat perkembangan pokok matahari Dan pokok bawang. Banyak dalam rumah sahaja..

=============


________________________
RESEPI KENTANG BILIS RANGGUP 
___________

BAHAN A
5 biji ubi kentang
Ikan bilis secukupnya

BAHAN B (utk cili)
Cili besar merah dalam 5 -7 tangkai
Bawang besar merah 1 
Bawang putih 2ulas
halia setengah inci

Caranya:-
Basuh dan buang kulit kentang. Saya gunakan peeler potato. 

Potong nipis menggunakan peeler potato. 

lumurkan kentang tadi dengan tepung gandum. 

goreng dengan minyak yang panas.

kemudian goreng ikan bilis.

=====

untuk sambal.

kisar bahan B
tumis sehingga kering.
guna teknik tambah air.
maksudnya tumis sehingga kering kemudian tambah air lagi. kadang saya ulang sampak 3x. kemudian perasakan dengan gula kelapa dan garam.

======
dah siap sambal masukan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.

siap untuk dihidang.

====
tips:-
saya ada kongsikan entry blog sebelumni kalau yang dapatkan gorengan yang ranggup... rendamkan dengan cuka.
untuk kentang nipis yang saya buat hari ini saya cuba salutkan dengan tepung gandum. ternyata ianya ranggup sampai ke petang.
=======
selamat mencuba ya..
dah cuba mohon komen yang murni2 ya.. terima kasih 🤗🌻

=====
"THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤" 












Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...