Bayam Brazil |
bercerita tentang bayam brazil..
rata2 rakyat malaysia ramai dh kenal bayam brazil. tak pasti mengapa dinamakan bayam brazil mungkin tanaman ini berasal daripada Brazil. Ya mungkin ada logiknya bukan...
ada yang sebut spinach.. spinach ni dulu masa kecik tengok cerita popeye. Popeye ini akan jadi kuat kalau makan spinach..hihihi..
khasiat bayam brazil ini saya kurang pasti. Bolehla Google sendiri.. tapi apa yang pernah saya baca..ianya dapat menurunkan kadar gula dalam darah...allahu'alam.. kena tanya Doctor yang bertauliah.
kalau ikut pengalaman saya sendiri.. ni saje2 je tau cerita pengalaman sendiri..tak tahula ada kaitannya ke tak.....🤣🤣🤣🤣... nak tahu lanjut kenalah buat kajian lab.
dalam bulan lepas saya perlu buat pemeriksaan kesihatan. malam tu saya diminta untuk berpuasa sebab pagi tu saya kena ambil darah di jari untuk cek bacaan gula sebelum makan pagi. (Biasanya kalau mengandung jika kita lepas minum air gula..bacaan kita sangkut melebihi 7.8 kita kena buat BSP. apakah itu BSP? BSP itu adalah singkat kepada Blood Sugar Profile..
kalau mengandung kena ambil 4xsehari. sebelum makan pagi ini biasanya bacaan kena antara 3.0-5.4 baru kategori cantik. tapi bergantung kepada hospital dan doc. Lepas bersalin kena minum air gula semula.. alhamdulillah..nurse pun tak beritahu apa2..maksudnya bacaan gula dalam darah ok.. biasanya mcmtu..
masa saya mengandung anak no.6. bacaan darah sebelum makan pagi pun dah 5.0 ke atas. adeiila..maksudnya kena control makan.
berbalik kepada pemeriksaan yang saya buat 14.3.2020 baru ini.malam sebelum ambil darah.. saya ada buat jus bayam brazil. bacaan yang saya dapat keesokan harinya adalah 5.1.
alhamdulillah pemeriksaan saya pada hari tersebut telah LULUS. bacaam HB pun sangat cantik 13.2 (sepanjang saya selepas bersalin saya rasa inilah bacaan yg paling cantik cuma berat badan je makin tak cantik...hahhaah 🤣🤣🤣🤣). Tak mengapalah janji sihat dapat beribadah dengan baik..aamin
===============
berbalik kepada cerita bayam brazil. Pokok asal suami beli di pasar pagi hari ahad. kat sini macam pasar tani. pasar ini biasa buka hari jumaat dan ahad. harga sepokok rm5. suami beli masa saya mengandungkan anak no.6 dalam tahun 2018. sebab amany lahir awal jan 2019.
alhamdulillah pokok tu hidup dalam keadaan yg sangat baik dan subur.
Bayam Brazil |
pokoknya sangat mudah nak tumbuh. petik sahaja dan cucuk di tanah akan tumbuh lebat in shaa Allah.
pokok bayam brazil ikut pengalaman kami menanam.. ianya tumbuhan yang tidak terlalu cerewet .
Mudah membiak |
Tumbuh merimbun dengan banyak dan sangat subur jika ditanam di tanah |
nak bagi daunnya membesar dengan baik.. daunnya hendaklah selalu dipetik.
Kami tanam kat banyak tempat di sekitar kawasan rumah.
jika daun tidak dipetik. daunnya akan jadi seperti kerinting kurus.. batangnya jadi memanjang. Ada bunga kecil.
Bunga bayam brazil |
Kalau bunganya banyak memang cantik juga bila memandangnya. Tapi yang dulu saya tak sempat nak ambil gambar. Ni gambar terkini (Hari ini).
Jika tidak dijaga ianya akan menjadi kurus memanjang |
Tanam di tanah tapi Lama tak dijaga (tak di trim). Pokoknya jadi kurung memanjang. Pertumbuhan daun akan jadi terbantut. Daun tumbuh kecil dan ketan kerinting jika dilihat dari jauh. |
Bayam Brazil ni seeloknya dipetik ..kira mcm kena trimla pokok tu... nanti elokla dia membesar dengan subur...gemuk2 geram kita nak makan.. muda2 sedap di makan. Boleh lihat warna daun. Kalau dah hijau tua.. agak liat sikit nak menguyah..
Yang bahagian tangan pucuk tu nampak lain sikit warna dia..hijau muda.. ranggup dimakan begitu saja.. 11.04.2020 |
pokok yang dijaga pun tumbuh tinggi dalam 2-5 inci jika dijaga dengan baik.
12.04.2020 |
jika dibiarkan sahaja. mahu jadi mcm pokok bunga kurus kerinting. lagi2 kalau tanam kat pasu..🤣🤣🤣
11.04.2020 |
==============================
CARA MENANAM BAYAM BRAZIL
==============================
Mungkin orang lain ada cara tersendiri nak tanam bayam Brazil. Mungkin ada yang letak barang dalam air dulu. Mungkin ada yang buat cara hydroponic. Mungkin ada yang tanam terus. Bergantung kepada keadaan kita sebenarnya. Ada tanah sikit boleh tanam di tanah. Ada ruang sikit boleh tanam di pasu/bekas. Tidak salahnya.. ikut ruang Dan keadaan sekeliling kita.
Cara saya mudah sahaja. Mungkin ada yang sama..
1. Cari pokok yang nak dipetik batangnya. Biasanya saya petik bahagian tengah.
Batangnya yang muda... mudah untuk dipatahkan..
Dah petik |
3. Korek sedikit tanah dan cucuk terus ke tanah.
5. Dah siap ditanam.
Tunggula pokoknya akan membiak dengan banyak.
Selamat menanam🌻🤗😘