Anda boleh tukar minat anda menjadi sesuatu yang menguntungkan.
Cuma Kita perlu upgrade lagi dengan menambahkan ilmu tentang website atau blogging.
Menulis blog di internet merupakan gaya perbualan dan penulisan yang tidak formal membuka peluang kepada blogger menjana pendapatan.
Kerjaya ini dapat membuat blogger mengembangkan minat dan ditukarkan kepada wang (sumber pendapatan).
Penulis blog yang datangnya daripada minat akan membuatkan lebih untuk berkarya dan wang itu akan datang sendiri selepas itu.
Realitinya, menyediakan Satu blog adalah suatu yang mencabar. Blogger yang hebat perlu menyediakan satu blog yang amat bernilai serta mengandungi kandungan yang baik dan kualiti.
Penyampai yang sampai ke hati dapat menarik minat pembaca. penulisan yang dikongsikan juga dapat menjadi Amal jariah yang berpanjangan ketika di Alam kubur sekiranya penulisan yang dikongsikan berkaitan dengan ilmu yang bermanfaat.
TIPS UNTUK MENJANA PENDAPATAN DARI BLOG.
Anda perlu mahir dalam mengendalikan web atau blog. Menggunakan teknologi web Dan blog tidak memerlukan kemahiran teknikal. Anda hanya perlu menggunakan SEO (Search Engine Optimization) dengan sebaiknya.
Search Engine Optimization atau SEO adalah usaha untuk mengoptimumkan laman web untuk mendapatkan kedudukan teratas dalam hasil carian. Dengan mendapat kedudukan tinggi dalam hasil carian, potensi lalu lintas organik anda juga meningkat.
Selain menghasilkan trafik organik yang tinggi, SEO juga akan membantu anda mendapatkan lalu lintas yang betul. Oleh itu, anda tidak hanya memfokus pada lalu lintas (traffic)yang tinggi, tetapi juga lalu lintas yang tepat sesuai dengan tujuan utama laman web atau blog anda.
Untuk dapat memperoleh lalu lintas (traffic) tinggi yang tepat pada sasaran, anda harus mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh mesin pencari (search engine), dalam hal ini Google. Anda perlu memahami bagaimana SEO berfungsi, algoritma Google, dan petunjuk utama SEO.
Jika tidak blog anda akan sukar ditemui oleh pembaca. Kedudukan yang baik berpotensi menjana pendapatan blog akan lebih cerah.
Perkara kecil seperti tajuk blog juga haruslah di ambil kira. Kerana ianya dapat menyumbang kepada kenaikan traffic pengunjung ke blog anda. Semakin ramai pengunjung datang ke blog,and dapat menjana pendapatan melalui pengiklanan,jualan produk, jualan affiliate dan lain-lain.
Cuba uji dalam satu atau dua bulan dan lihat hasilnya berpandukan ilmu blogging yang berguna.
Info lanjut:-