✔KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MATERIAL LYCRA,DECOT & MOSS CREPE

Bismillah.
Untuk makluman Cik Puan yang kami hormati, soal 'LEKAPAN' ini adalah salah satu kriteria yang kami tetapkan dalam pemilihan material kain. 
1. LYCRA - Lycra yang kami gunakan lebih tebal dari biasa. Material ini kami hanya gunakan untuk dibuat Shawl yang mana kelebihan Shawl ialah selepas dipakai samada ianya boleh menjadi 2 Lapis ataupun terbentuk Scallop di bahagian hadapan.
Faktor lekapan : Sangat kurang atau terus tiada bagi Fizikal Kecil dan Sederhana. Tetapi Faktor Lekapan tetap ada bagi yang fizikal besar.
 * Mohon Take Note Cik Puan yang mempunyai Fizikal Besar ya
 2. DECOT - Kain ini sangat Istimewa. Kenapa ya kami katakan istimewa? Kerana sudahlah printing warna plain di badannya sangat cantik tetapi ianya juga lebih tebal dan sejuk. Cukup selesa bila memakainya. kain ini sesuai dibuat Ezy Zaira dan Tudung.
Faktor lekapan : Tiada terus bagi yang fizikal kecil atau sederhana tetapi bagi yang mempunyai fizikal besar, faktor lekapan masih ada tetapi sangat kurang 
3. MOSS CREPE : Inilah kain yang menjadi pilihan pelanggan- pelanggan kami sejak akhir-2 ini. materialnya yang sejuk, selesa dan lebih tebal tetapi ianya tetap ringan dan begitu sesuai untuk dipakai di mana- mana sahaja.
Tekstur di badannya nampak eklusif Kami yakin kain ini akan menjadi pilihan muslimah bertudung labuh sekurang- kurangnya untuk 2 tahun akan datang. Kain ini kami khaskan hanya untuk dibuat shawl sahaja.
Faktor lekapan : Tiada terus bagi yang fizikal kecil atau sederhana tetapi bagi yang mempunyai fizikal besar, faktor lekapan masih ada tetapi sangat kurang Kami berikan pilhan untuk Cik Puan.
Buatlah pilihan yang terbaik Jika ditanya kenapa kami masih keluarkan Shawl dari kain lycra ialah kerana permintaan masih tinggi dari Muslimah bertudung kecil dan sederhana.
Harganya pun lebih murah dan mampu milik Yang mempunyai fizikal besar pilihlah dari meterial DECOT dan MOSS CREPE ya.
Tak perlu mengharap Lycra yang tidak melekap kerana secara teknikalnya, material di dalam lycra itu mmg ada sedikit suction atau sedutan yang menjadikan ianya melekap.
faktor potongan kain lycra juga antara penyebab menampakkan tubuh badan. cara mudah buat scallop atau tutup dengan selendang ;)
Semoga dpt membantu :)

shawl labuh plain terkini 2xl lycra


tudung terkini 2xl moss crepe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...