Tarikh: 28 Mac 2020 (Sabtu)
Bercerita tentang bunga kantan mesti kita dah bayangkan laksa... Betul tak? sinonim sangat! Laksa dan kantan berpisah tiada. Jika tiada, kuranglah rasa...hihi
=========
Sebelum itu kita kenali dulu tumbuhan pokok kantan ini. Ada orang menyebut Bunga Siantan.
Bunga Kantan memilki bau yang segar da harum. Tak hairanlah sekarang, pengantin pun guna bunga kantan untuk dijadikan bunga hiasan. Jimat bukan!
=======
Seperti di kawasan kami, Pokok kantan sangat mudah hidup.
Sebelum ini tanah kawasan ini pernah ditolak menggunakan jentolak. Kami menyangka pokok kantan akan mati.Rupanya Pokok Kantan tadi bertunas dan tumbuh dengan elok dan baik.
kawasan tempat kami tinggal ini tanahnya lembut(gambut) mudah untuk tumbuh dan hidup. walaupun ada orang kata ianya kawasan bukit/ Dusun buah-buahan.Biasanya orang tempatan tanam Pokok durian, petai,manggis,Duku langsat,pulasan,rambutan dll.
Tanahnya sangat serasi dengan pokok ini.
kawasan ini pkok kantan yang telah dikorek boleh tumbuh bertunas dan hidup dengan baik.
bunga kantan. kawasan redup² pun dia boleh hidup dengan baik.
ini adalah tanaman kantan di belakang rumah kami.
alhamdulillah! pokok kantan ini hidup di kawasan kampung yang tanah bukit (dusun) dan gambut.
ianya juga mudah membiak. Pada saya kantan ini biasa dijodohkan dengan laksa, laksam, dan asam pedas. lain² masakan saya kurang arif.
Bunga kantan ini tidak bermusim. Bunganya sentiasa ada. Alhamdulillah.
oh ya! baru teringat bunga kantan ni antara bahan wajib dalam nasi kerabu. Aroma baunya sangat harum. (biasa beli nasi kerabu,buatnya tak pernah lagi...hihi)
========
Memandangkan bunga kantan sekarang sangat banyak berbunga. Saya sampai buntu nak masak apa.
Maka terciptalah idea untuk memasak " KANTAN GORENG CRISPY".
idea ini muncul daripada mulut ya habibi zauji (suami).
========
"why not buat macam tuhau"
"tuhau?" aku seakan blank sekejap
"ala.. macam yang kak liza bawa dari Sabah tu" tambah encik suami.
"oh! ya.." balasku... 😊🤭🤭🤭
========
alkisahnya masa mengandungkan anak no.5 ,kakak ipar daripada Sabah pernah bawa sejenis makanan namanya Tuhau..
kami suami isteri suka akan rasanya. rasanya yang sangat sedap,ranggup dan pedas2 sikt.. ianya seperti makanan menambah selera. hahah..
Tapi tak semua tempat rasanya sama tau. Saya pernah cuba nasi beli di Shopee. Tapi rasanya meleset. agak pahit.
mungkin cara penyediaannya terlebih garing menjadi agak pahit. allahu'alam..
Bila saya google rupanya ramai yang memanggilnya dengan nama "tuhau serunding" atau " serunding tuhau" . Maklumat lanjut tentang TUHAUsaya baca di blog tersebut.
Sejujurnya, saya belum pernah jumpa lagi Pokok Tuhau ini. Dengarmya ianya juga ada di kawasan Utara Semenanjung Malaysia.
Buat masa ini di Selangor belum lagi. Selama ini yang kami tahu bau dia mcm bau bunga kantan.
Maka terciptalah idea nak masak Serunding kantan goreng crispy ini.
Cubaan pertama agak kurang berjaya. ini kira cubaan kedua setelah mendapat tips daripada Encik Kekasihku Suamiku ( Ya habibi Zauji)
bismillah..
[Tarikh : 28 Mac 2020]
Nama Resepi : Kantan Goreng Crispy
Bahan-bahannya:-
- Bunga kantan secukupnya dihiris halus
- ikan bilis segengam
- 1 labu bawang putih
Cara-caranya:-
1. Bunga kantan dipotong halus
2. Bawang putih dipotong halus
3. Rendambunga kantan,bawang putih dan iklan bilis yang telah dipotong tadi ke dalam air cuka. Rendamkan juga bawang putih (letak garam sikit) Rendam dalam bekas berasingan dalam 15-30m.
4. toskan.
5. Goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul2 panas tau.
rupa kantan lepas digoreng.
rupa bawang putih lepas kena goreng. saya guna kuali je nak tapis. alkisahnya penapis tu tajam. tangan saya luka ketika menggoreng. begitulah menggunakan barang rm2.10. alhamdulilah.boleh juga cuma perlu berhati² kerana batang hujungnya sangat tajam.
sila gunakan dengan baik dan berhati² kerana bahagian belakang belakang batang agak tajam. jari tengah saya luka berdarah ketika menggunakannya tadi. nak cepat punya pasal... takut hangus sebab guna api besar..😅😅😅
tara...inilah hasilnya..
alhamdulillah...
orang pertama yang saya minta komen adalah Encik Kekasihku Suamiku (yahabibizauji)
respon beliau adalah:-
" wow.. sedapnya! ranggup!"..
saya tersenyum lebar... 😆😆😆alhamdulillah..
😍😍😍
============
TIPS:-
1. Untuk mendapatkan rasa terbaik, Gunakan minyak yang betul2 panas dan banyak.
2. Bahan² yang digoreng (kantan,bawang putih dan ikan bilis) hendaklah digoreng bersaingan.Goreng sehingga warna kekuningan.
3.JANGAN TERLEBIH GORENG. ianya akan menyebabkan rasa menjadi PAHIT.
Selamat mencuba tu! dah cuba sila komen ya...terima kasih sudi membaca..🤲🥰🌻
=====
lihat video di sini:
SELAMAT MENONTON & SELAMAT MENCUBA YA!
❤🌻🤗
video kena tak boleh 100MB. Dah banyak kali edit. alhamdulillah berjaya akhirnya.. Nanti kita update kat youtube pula. in shaa Allah.maafkan kami doakan kami.
"The Secret Ingredient is always ❤"