Clipping set- Review product yang beli di shopee

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞

|Rabu|22 Julai 2020|

Aktiviti awal pagi Hari ini.. rutin sedikit berubah bila Anak² dah mula sekolah. 

Memandangkan pihak sekolah menggalakkan murid membawa bekal dari rumah. Jadi perlu sediakan sarapan awal pagi untuk Anak² ke sekolah.

Alhamdulillah hari ini anak² mami bekalkan lempeng + kuah Kari ayam. 


-------

Hari ini tak dapat nak buat aktiviti berkebun kerana cuaca hujan disebelah petang. Banyak perkara pending dalam rumah dek kerana ketiadaan air. Bagi yang biasa menggunakan air bukit. Ketiadaan air selepas hujan adalah perkara biasa. 

-----





Hari ini nak review sealing clip. Ianya digunakan sebagai  seal bekas makanan daripada dimasuki angin. 


Pertama kali beli jenama Ikea ini. Walaupun tak pernah jejakkan kaki ke Ikea. Sekurang-kurangnya pernah nampak dan pegang di rumah mak. 

Harganya rm12.90 dapat 30pcs.


Ada kedai di shopee saya jumpa rm8.90. Tapi bila saya placed order . Seller tak pos. Kemudian seller terus cancelled my order tanpa chat dan makluman apa² pada saya.sedih...


Saya positive sahaja. Saya cari dan order baru dengan seller lain. 

Sebelum itu, 
Jumpa clip lagi murah daripada seller china.

Tapi kualitinya sangat berbeza. Cepat patah.
Tak berbaloi beli. Harga jauh lebih murah.

Terpaksa beli sebab nak clip mask anak². 
 Info TAMBAHAN clip ikea:-
Ada 30 set
(6cm- 20pcs)
(11cm - 10pcs)
Sangat mudah digunakan untuk menyimpan barang hanya tinggal klip sahaja.

=======


Model clip mask..hihi
Mudah nak adjust 
Kalau nak longgar boleh guna yang panjang.
Kalau nak ngam2 guna yang pendek 

Anak² lelaki bila Tali letak di telinga confirm asik terbuka dan tercabut.
Anak² perempuan perlu pakai TUDUNG. Jadi solution yang mudah pakai clip

Kita juga boleh tulis nama anak pada CLIP tu tau...
Siapa yang ada bajet lebih bolehlah beli yang rochet, cantik boleh requestn
Nama jika mahu. 

Moga bermanfaat.
Selamat mencuba...😊😊😊🌼🌻







Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...