Menu sarapan kami harini ialah LEMPENG SIMPLE . MUDAH SANGAT DISEDIAKAN.
Plan semalam nak buat roti canai.
Pagi tadi tukar plan selepas ternampak menu kawan suami di wall facebook.
Terus dapat idea 💡 teringat sambal nasi lemak semalam masih berbaki sedikit.
kenapa perlu bersusah payah sedangkan ada perkara yang mudah untuk dicuba. mix and match je mana yang ada.
kita sendiri mudahkan kerja² memasak mak² di dapur..🥰❤🤲
========
Menu Sarapan: Lempeng mudah disediakan dan sedap dimakan.
bahan-bahannya: -
(adunan untuk 2 -3org budak makan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur (saya pakai gred c)
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar susu pekat (kalau tak letak pun tak mengapa)
1 sudu besar minyak
* saya guna sukatan cawan plastik milamen yang ada kat rumah.
Ada sesetengah orang pening sikit bila resepi guna cawan cawan ni. Sejujurnya saya pun begitu dulu. Siap beli sukatan cawan. Tapi sejujurnya kadang saya lupa nak guna. Sebab simpan kat bekat entah mana-mana. BBilanak pakai balik. Jenuh nak punggah barang. Sekarang ini saya dah letakkan di tempat yang mudah dilihat supaya mudah untuk saya gunakan nanti.
dipamerkan untuk memudahkan kerja² saya ketika di dapur. |
Kembali kepada sukatan cawan tadi, sifirnya mudah.. jika kita guna cawan jenis milamine.
cawan milamine |
Jika kita guna 1 cawan aluminium. sukatan airnya juga 1 cawan yang sama tau..
Jangan pandai2 tukar cawan lain pulak ya.. kalau resepi tak jadi jangan salahkan ambe tau 🤣🤣🤣🤣
Kalau sukatan resepi kebanyakkan orang.
1 cawan tu bersamaan dengan 125gram.
saya memahami para ibu.kadang kita masak kat rumah takda penimbang. kadang ada beli yang elektronik, masa nak guna bateri pulak kong.. kejadian² diluar kemampuan kita. Jadi kita buat mana yang kita boleh control/buat. Jangan pening² sgt..hahaha..
kalau sukatan yang saya beli ni. setiap cawan ada tulisan. contoh:- 1 cup = 250ml |
======
resepi asal ini saya jumpa di blogger ini. Macam-macam resepi LEMPENG beliau share. Nak terjah klik BLOG : NAMAKUCELL.
tapi saya tak ikut sepenuhnya resepi beliau. Saya cuba gunakan tips yang beliau kongsikan. Terima kasih Blogger Namakucell. Moga dimurahkan rezeki selalu..aamin
========
Untuk mendapatkan hasil terbaik. Nak nampak berbuih. Sila gunakan HAND MIXER. Kalau tiada, boleh guna blender. Jika tiada juga, Boleh guna WHISK. kita guna apa yg ada dirumah. Memasak ini tak perlu pening2 sangat... tak cukup alat/bahan kita cepat putus asa. Sebab yang makan pun family kita kan.. bukan orang lain yang rasa..hahaha.. jadi pakaila pemukul tangan.
Whisk - sumber gambar Google
=======
Contoh hand mixer yang best digunakan
Nanti saya buat review perbezaan hand mixer berdasarkan pengalaman saya.
==============
prinsip saya kalau masak.. kita masak apa ada dan terbaik utk kita sekeluarga. dulu saya fikir kena ada semua benda complete mcm orang lain masak nampak sedap dan sempurna.
Sebenarnya kita hanya perlu gunakan apa yang ada dahulu.. mulakan dengan yang basic baru kita upgrade yang lebih baik..
Maksudnya,orang dulu memasak guna lesung. Orang sekarang pakai blender.
Orang dulu elok je masak. Hahha.. eh tiber!.. 🤣🤣🤣
Ada ustaz kata FARMASI TERBAIK ADALAH DAPUR RUMAH KITA SENDIRI. Mak2 je yang memahami dapur mereka bagaimana.. betul kan?😉😎
=================
Cara penyediannya:-
semua bahan saya campur semua dalam 1 bekas.
kemudian mix sampai kembang nampak buih2.
Saya pukul semuaya bahan tadi menggunakan hand mixer. Pukul dengan sebati ya. Sampai berbuih. Bekas ini harganya RM5. Saya ingat lagi saya beli kat GAINT. Macam sedikit menyesal sebab beli 1 je. Kualiti memang terbaik.
Nak cari lagi tak jumpa dah..huhu
p/s: resepi ini saya tak letak serbuk penaik (baking powder) sebab saya nak leper je..x nak kembang2..🤭🤭🤭
============
Cara-caranya:-
tepung gandum + air + telur + garam . pukul sampai sebati ( mcm nampak buih2)
pastu masukkan susu pekat
lastly minyak.
cara memasak:-
1.Panaskan kuali leper.
2. letak 1 sudu adunan.
3. pusing3 bagi rata.
4. dah agak2 garing terbalikkan.
5. tunggu masak.
6. siap untuk di makan.
7. ulang2 sampai siap melempeng.
harini buat 1 adunan (spt diatas)
Rupanya tak cukup... Saya buat lagi 1 adunan...
Mula2 ammar tak nak makan. Akhirnya diala yang paling byk makan.. alhamdulillah..
Cara saya melempeng untuk jimatkan masa. Nanti ada masa kami share video in shaa Allah. Cara melempeng banyak2.
Sayabukan tak nak melempeng sekali besar, bila melempeng comel2 ni akan suka lagi nak makan. Tak perlu nak cubit2. Bismillah...Ngapp je terus...🤗🤗🤗
Hidangan lempeng
sambal nasi lemak semalam. saya tambah bilis sedikit. goreng separuh masuk then masukkan dalam sambal. tambah sedikit gula kelapa. nak manis sikit.
my presentation tak berapa menarik. yang penting rasa sedap..perasan.😂😂😂🤣🤣🤣🤭🤭🤭
hidangan untuk ya habibi zauji.🥰🥰🥰
Melempeng besar sikit
Hidangan comel untuk diri sendiri..☺☺☺
nak tengok melempeng cara saya? sudikanlah menonton video ini:-
klik di sini untuk melihat di YouTube
"THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤ "