👶🏻Simpanan masa hadapan depan anak²

Bismillah..
Alhamdulillah..

Hari ini diuji ketiadaan air.


Alhamdulillah .. 

Setiap manusia ada impian.
Impian kami ingin anak² soleh solehah kami berjaya dunia akhirat.
Dunia akhirat zaman yang Makin mencabar .. duit bukanlah segala²nya. 
Tapi nak belajar perlukan wang yang banyak.

Zaman kami belajar pun dah 26K,30K yuran untuk pengajian sahaja belum termasuk Kos lain.

Persepakatan amatlah penting di antara suami isteri. Penyelesaiannya tidaklah semudah 1+1=2. Ianya boleh jadi mcm2. 

Kami bukanlah dilahirkan dari golongan yang berada yang minta apa saja kami akan dapat. 
Kami perlu berusaha Dan berbelanja mengikut keperluan.


Kutipan 2020


Bila sudah mempunyai anak. Alhamdulillah kami dikurniakan 6 orang anak. 
Sebagai ibubapa kami cuba merancang kewangan anak². 

Setelah sepakat suami isteri.. selepas kelahiran anak pertama kami Amin.. kami bersetuju membuka akaun di Tabung Haji.

Kami menyimpan SEMUA wang anak² pemberian orang (duit Raya,aqiqah dll) dalam Satu akauan.

Sampai anak no.3 Saya meminta suami asingkan.


Ni kutipan tahun lepas. 
Suami akan tulis di kertas ini utk utipank duit Raya dll.
Selepas dikira baru masukkan dalam bank masing². Anak² juga maklum akan kewangan mereka. Ada yg juga menabung . Mereka juga Ada keinginan untuk membeli sesuatu 

Sekiranya pemberian duit Raya tidak beri pada mami@abi. Catatan akan bertanda - yang bermaksud TIADA. 

Kami sebagai ibubapa akan memahamkan mereka mengapa Dan kenapa.

Dan jika jumlahnya Tak sama dengan adik beradik yang lain mereka juga tidak boleh pertikaikan.

Doakanlah kami untuk menjadi ibubapa yang amanah dalam menjalankan tugas kami.

Kenapa kami pilih TABUNG HAJI?
Sebab kami akan daftarkan terus Haji untuk anak² kami minumam untuk daftarkan terus Ada rm1300.

Pada kami biarlah sikit asalkan ianya berkat. Sikit2 lama2 jadi bukit. 



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...