Aktiviti BERKEBUN di rumah ( 21 Julai 2020)

Bismillah
Alhamdulillah.. Hari yang cerah. 🌻😍
Cuaca agak berkabus pagi ini. Kemudian Matahari naik cerah dan panas. Alhamdulillah











Aimy Amany pun dah beransur makin membaik. Temujanji klinik setahun 6 bulan (cucuk) pada hari ini ditunda ke 6 Ogos 2020. Memandangkan semalam kepalanya masih hangat. Selepas memberikan ubat homopati alhamdulillah beransur pulih. Cuma nak bagi dia selera makan belum dapat lagi selagi angin perut belum keluar sepenuhnya. malam tadi Mami tidur lewat urut perut dan kakinya perlahan-lahan untuk membuang angin. Urut membuang angin sampai Mami sendawa banyak kali. Angin memang banyak selepas urut anak terus loya dan sakit kepala. Patutla Masa dia tak berapa sihat ,jalan pun nampak menunduk sedikit. Mungkin menahan perut sakit. Hari ini dia berjalan pun dah makin seperti sediakala.  Merengek pun dah berkurangan. Yang mami seronok dah mula makan banyak. Banyak betul dia makan ayam Kari Mami tanpa santan. Alhamdulillah. Untuk melihat resepi . Klik AYAM MASAK KARI TANPA SANTAN.

Sementara Alisha mandikan adiknya Amany. Sis pun selepas sidai kain menggunakan kesempatan yang ada untuk BERKEBUN. Projek PKP tempoh Hari kurang berjaya. Ingat lagi sis menanam pelbagai bijih benih pada 17/4/2020 kebanyakkan umur tak panjang. Benh dari China yang nampak bertunas cuma terung.

Pokok cili saya semai dari biji (cili yg suami beli saya semai). alhamdulillah Ada 3 pokok yang menjadi. Hari ini bar berpeluang untuk asingkan dalam polibeg yang besar sesuai untuk 1 Tanaman shj.






Pokok yang berjaya bertunas dengan baik antaranya Sacha Inchi ( tumbuhan 1 biji shj yang lain mati)


sayur pak choy, terung dan cili serta pokok ubi. 


pokok kangkung benih yang dibeli daripada China just hidup dengan baik. Tanaman kangkung suami tanam menggunakan kaedah hydrophonic menggunakan Baja A+B.





Pokok bunga Matahari pula tumbuhan rendah. Dan pokok cepat warna hitam dan mati. Berbeza sungguh benihnya. Kalau ikutnya seller beritahu benihnya untuk bunga yang besar. Pokok bunga Matahari yg rendah hanyatnya sangat pendek. Berbunga sekali kemudian mati. Ianya lebih kepada bunga Aster Matahari.🌼🌻

Nanti sis sharekan gambar hasil berkebun kami sekeluarga. Ini untuk rujukan saya dikemudian hari juga..😊
















Harini seronok juga berpeluh melayan pokok2 ini.
Hasilnya selepas tukar ke polibeg baru...

Anak pokok cili.
Semaian benihbaru untuk pokok buncis.







Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...