🍜Mee kolok sup special Versi cik Aster

Bismillah
Alhamdulillah..

----
Pagi 14 Julai 2020 ( Hari Lahir Ammar yang ke-6 Tahun) 🎂🎂🎂🎂🎂🎂. Moga Ammar jadi anak yang soleh , cerdik,bijak , rajin,pandai mengaji dan dan selalu mengaji Al-Quran, pandai ambil hati Dan hormat orang muda Dan tua. Moga berjaya dunia akhirat..aamin). Pagi dah siap ke klinik. Tak sekolah lagi Hari ini. 


------



Memandangkan Hari ini anak kecik Aimy Amany not full recovery yet. Semalam seharian muntah sampai Mami sendiri Tak dapat masak. Nak solat pun tunggu suami balik masjid untuk bergilir. Baju dan cadar pun asyik bertukar. 

Bermula malam baru nampak dia dah Mula stop muntah. Selepas Mami urut badan Dan tapak kaki until buang angin dalam perut dia. Sebelum it, susu Dan makan APA sahaja semua keluar semula.

Badan dia nampak sangat lembik kurang air. Tiada tenaga even nak senyum. Rindu Mami abi nak tengok keletah Aimy. Masa Abi ke masjid Mami sempat rendam kaki dia dengan air garam panas.

Mami risau dehydrated je. Biasanya dh muntah badan lembik.makan pun Tak lalu. 

Memandangkan semalam memang tak sempat masak lauk lunch. Abi Ada belikan lauk tengahari. Jadi Mami masak Nasi sahajalah. 

Dinner pula abi Tanya nak makan APA. Mami kata ape jelah. Abi cadangkan MEE KOLOK. Mami ikut je. Anak2 abi belikan burger bambang yang super sedap di Batu 18 ini.



Cuma MEE Kolok yang dibeli di sini tidak sama version dengan Mee kolok yang dijual berhampiran SMK Abdul Jalil Batu 14. Beza dari segi kuah.  Malam tadi Tak sempat nak ambil gambar Mee kolok version Batu 18 . Anak pun masih belum sihat , perut dah lapar..Kita Bismillah makan APA yang Ada.. alhamdulillah..

------

Ok pagi ini Kita ulang semula a.k.a repeat MEE KOLOK VERSI CIK ASTER. 

Inilah hasilnya..alhamdulillah.. ya Habibi Zauji kata rasanya ok. Angguk kepala nak meneruskan makan tanpa berkata APA .😂😂😂😂


-----
   Bahan yang digunakan ialah:-



Sebenarnya pagi ini tiada IDEA nak masak APA.
Bila teringat Mee yang diberikan oleh abang ipar merangkap jiran. Barulah nak buat Mee kolok. Cari bahan dalam freezer jumpa daging. Mula-mula minta suami ke kedai untuk beli ayam. 
Rezeki jumpa daging lembu dalam peti sejuk.


-----

PENYEDIAAN KUAH 
Saya memilih untuk buat version sup.


Mula-mula Kita defrost dulu daging dalam  microwave. Daging terlalu keras dan sejuk. 


Kita ambil sedikit portion kecil Dan potong kecil2 memanjang supaya cepat masak.


Untuk menumis, Saya gunakan
/2 daripada labu bawang putih.
Kemudian Saya tumbuk halus.
(Sebab anak demam Dan berangin, elok lebihkan bawang putih)


Bawang putih Saya tumis bersama rencah sup daging/ayam SNJ.




Siapa nak Cuba boleh contact Saya ya. Rm4 sepeket.

Kemudian Saya masukkan daging hiris.. Masukkan juga garam Dan perisa AJI-SHIO serbuk Lada hitam sedikit. Kemudian Saya masukkan air.

Sementara tunggu air mendidih dan daging empuk.

-------

PENYEDIAAN MEE 
Saya gunakan Air Dried Broad Noodles.

Mee tadi saya rebus sehingga empuk.

Mula depan. Ada 10 pcs dalam 1 plastik.

Saya guna 6 pcs

REBUS sehingga lembut. Rasanya kenyal. Sedap dimakan. Kemudian basuh dan tapis.


saya letak sedikit minyak zaitun supaya tidak terlalu melekat. Kemudian Saya  perisakan. Saya letak kicap (Tak kisah kicap APA, Saya guna kicap MUDIM) , perisa Lada hitam AJI-SHIO (sebenarnya nak letak Lada putih) ikut suka Mana bahan yang Ada dirumah.



Itu kuah, Saya tambahankan bebola ikan Dan kek Ikan. Untuk tambahankan lauk sahaja. Memandangkan suami dah pulang membeli barang dapur tadi.

Untuk serat ,Saya celur sayur sawi pendek dalam rebusan itu. Selepas it,Saya angkat angkat Dan potong kecil untuk dihidangkan dipinggan lain.

------

Untuk PENYEDIAAN MAKANAN Dan hiasan

Mee yang telah diperisakan
Sayur sawi yang dicelur
Taugeh
Bawang goreng
Cili potong

Kemudian letak sup panas.

Nak lagi sedap makan dengan sambal kicap.
Sesuai untuk hidangan anak-anak kecil. 

Untuk hidangan ini complete set Ada karbohidrat,protein dan serat.

Selamat mencuba 
- Cik Aster 🌼🌻













Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...