Ciri baru Blog 24 Ogos 2020

Bismillah. 
Alhamdulilah.

Tahun 2020 memberikan pengalaman baru kepada dunia blogging. 
ini memberikan pengembaraan dalam dunia blogging akan lebih baik. blogger dapat menonjolkan bakat menulis, cerita yang dapat diceritakan kepada dunia serta berkongsi minat yang disukai dengan mengekspresi diri. Dalam erti kata lain, menulis terus diterbitkan.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan blogger. Para guru dapat mengajar pelajarnya dengan mudah. seterusnya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan guru di sekolah lain. Ilmu yang diberikan dapat dipraktikan dan digunakan bila-bila masa dan dimana sahaja selagi mempunyai liputan internet. 

Didunia ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan kepada semua. Di alam kubur pula mendapat pahala yang berterusan kerana ilmu yang bermanfaat selagi mana ianya digunakan. Di akhirat pula dapat saham. Blog juga boleh jadi lubuk pahala untuk bekalan diakhirat. disamping dapat meneruskan kelangsungan hidup di dunia.

Blogger kini lebih mudah untuk meneroka dengan menggunakan peranti mudah alih atau hp. Ianya baru boleh dilihat dengan menekan pada "blogger baru" atau  "Try the new blogger" yang ada
pada panel navigasi sebelah kiri.

Ini membantu untuk memudahkan mengemaskini blog anda dengan mudah dan cepat.

Anda boleh terokainya sendiri. Ia pasti akan memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk berkongsi penulisan, gambar mahupun video. Para pelawat dan pembaca juga pasti seronok membacanya jika kita pandai memilih theme, features yang diberikan.

Draf yang disediakan juga dapat membantu penulis merancang penulisan anda dengan baik.

Para blogger  boleh menggunakan "try new blog" pada akhir bulan jun. Walaubagaimanapun anda boleh view dan lihat ciri lama blog anda sehingga akhir Julai sahaja. Kerana semuanya akan bertukar kepada yang baru. 

ia mengingatkan saya masa zaman guna facebook. Pada awalnya, Facebook memberi peluang kepada pengguna untuk memilih timeline atau tidak. Tetapi akhirnya yang tidak memilih timeline pun bertukar juga secara automatik (mengikut tarikh yang telah ditetapkan facebook).

Apapun ciri blog baru ini pasti akan memberikan pengalaman yang lebih menarik dan harap dapat menarik lagi ramai pembaca ke blog kita.


=======================
TRY TO NEW BLOGGER
======================
Bertukar ke features / ciri baru









Pilih- Try the new blogger



Tekan continue



Ciri baru..





--------------------

=======================
REVERTO TO LEGACY BLOGGER
======================
Anda boleh kembali ke features lama...
tempoh masa sampai akhir julai sahaja sebelum ianya bertukar kekal kepada new features (new blogger)



Blog features





pengalaman saya sendiri menggunakan " TRY TO NEW BLOGGER" 
ianya sangat effisen, mudah dikendalikan dan mudah untuk terus diterbitkan.

untuk merancangan penulisan sangat mudah dengan adanya DRAF. 
Pengalaman lepas menggunakan ciri lama , bila tengah menulis di draf dan terkeluar semua yang ditulis hilang, sedih penat bukan kepalang sebab penat menaip dan kerah idea. hilang begitu sahaja. silap sendiri tak terus save.

kelebihan ciri blog baru ini, bila menulis di draf sekali terkeluar walaupun belum sempat save, data masih ada.

kelemahan ciri baru antaranya, saya tidak dapat untuk buang LABEL yang lama. 
Saya perlu kembali dengan menekan  revert to legacy bloggers (features lama) baru saya boleh padam LABEL.

kalau nak padam label lama, anda perlu lakukan secepat mungkin ya.
itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini. moga bermanfaat.







Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...