Alhamdulillah..
Awal pagi ajak Suami ke pasar pagi. Niat dihati ingin membeli Gula nise @ Gula kerek Dan anak pokok bunga Matahari.
Sepanjang jalan kami ditemani hujan gerimis. Damainya hati ini melayang jauh melihat pemandangan yang mendamaikan jiwa. Ditambahkan cuaca yang sejuk dan berkabus.. sejujurnya aku sukakan pemandangan begitu... Oh! Indahnya.... Hatiku tersenyum sendiri...
Bahu kiri dan kanan jalan agak sibuk dengan kereta. Oh! ya.. Hari ini Hari Ahad. Biasanya ramai orang turun langat untuk berbasikal.
Memang "jem" sampai ke petang ..
Sampai sahaja di pasar... Suasana agak lengang. Tiada peniaga. Kufikir Salah Hari.. mungkin Norma baru tarikh berniaga telah ditukar. Saya pun Tak maklum. Maklumlah saya jarang keluar rumah.. bila dapat keluar jalan-jalan alangkah seronoknya.. Tak turun pun tak mengapa..hihi
Pagi tadi sempat bersarapan keropok lekor.. memandangkan pasar Tani tutup. Anak-anak request nasi lemak keli berlada. Singgah di Pekan Batu 18 @untuk membeli nasi lemak. Saya hampir terlelap di dalam kereta sementara Suami keluar membeli. Suasana hujan yang menjadikan cuaca menjadi sejuk. Merayu-rayu mata untuk lelap. Aduhai... Best ya tidur..
Memandangkan si kecik masih ligat ke Sana ke sini.. so terpaksa tidur2 ayam..huhu
Sampai rumah dalam 9.30 pagi. Selepas bersarapan..
Ajak Suami untuk belajar blogging. Yang ajaibnya.. anak murid boleh tertidur bersama anak kecilnya. Sementara tuan guru steady mengadap laptop..🤣🤣🤣
Sesi pembelajaran ini bersambung sampai petang.
Saya pun perlu sediakan makan tengahari untuk keluarga.
Untuk 2 bulan ini tuan guru mencadangkan supaya mendalami SEO. Untuk theme and so on tuan guru akan handle. Jika statistik memberansangkan tuan guru kata mahu daftarkan .com
Perjalanan nak menulis dan mengajak orang datang singgah dan MEMBACA blog Kita adalah perkara yang sukar sebenarnya.
Jadi sebagai menulis Kita perlu menarik minat supaya mereka minat untuk MEMBACA penulisan Kita.
Untuk blogging yang berkualiti haruslah idea baru, fresh , bukaan copy and paste. Untuk blog akan datang Saya baru nak fikir apa yang sebenar orang Cari. Search engine di Google pun always change. Ingat senang nak jaga income guna blog...permulaannya mungkin sukar..apa pun mesti ada tindakan. Moga hasilnya nanti memberansangkan..
Berbalik kepada SEO.
Secara kasarnya ,setelah Saya buat sedikit kajian..
Rakyat Malaysia suka akan masakan. Resepi masakan biasakan antara yang boleh menyumbang kepada kenaikan traffic. Cara penulisan yang perlu betul. Contoh, TUDUNG. agaknya TUDUNG APA yang selalu dicari. TUDUNG Labuh berdagu? TUDUNG Labuh moss crepe? TUDUNG Sarung berdagu. Apa pun bergantung kepada kebanyakkan orang search.
Itu.. antara ilmu yang Suami share sepanjang sesi semalam.
Tugasan yang beliau berikan . Beliau meminta untuk Saya membuat content yang dapat menarik para pembaca ke blog saya.
Saya Pula... Masih mencari2 apa yang sesuai untuk ditulis..sejujurnya Saya Tak pandai ...😂😂😂😂
Demi membantu ekonomi keluarga Saya rasa bertanggungjawab untuk lebih serious.. moga usaha kecil Saya ini dipermudahkaan aamin.. doakan kejayaan kami sekeluarga ..aamin
-------
Ada beberapa rujukan yang Saya temui.. sejujurnya belum baca sepenuhnya..
http://www.nichegenetics.com/?aid=100669
Keywords planner tapi blogger tu kata at least pernah buat adwords. Baru dpt access..buat sekali pun takpa..
https://www.sabreehussin.com/bagaimana-cara-guna-teknik-search-engine-optimization-dalam-pemasaran-blog/
--------
harini anak kecik tak berapa sihat.. sambil "keloni" belai2 dia tidur.. saya belajar Mana yang mampu Hari ini..
Alhamdulillah.. terima kasih pada ya Habibi Zauji tolong tengokkan kerja sekolah anak2.bolehla Mami fokus pada Amin Dan Amany.