Tumbuhan Kacang Hijau ( taugeh) - Projek PKP Habibi Zauji

Bismillah

Alhamdulilah..

Pokok kacau hijau atau pokok kekacang biasanya pokoknya rendah sahaja. Pokok ini seperti pokok arachis pintoi.

Apa yang menarik minat saya ialah, pada awal penglibatan suami menanam biji kekacang. Sebenarnya saya minta en suami belikan kacang hijau untuk saya membuat taugeh sendiri di rumah.

Lain pula cerita en. suami, rupanya beliau telah membeli 2 bungkus plastik kacang hijau. Rupanya ada projek baru (ilmu baru) dari group tanaman dan berkebun. Jadi beliau ingin mencuba menanam tumbuhan kekacang. Dengarnya tumbuhan kekacang ini baik untuk PH tanah..Allahu'alam..

Pada awalnya, saya gelak besar apa yang beliau lakukan. Apa taknya, saya sendiri tak pernah melihat orang menanam biji kacang hijau. Selama ini saya fikir ianya hanya sekadar akan bercambah menjadi taugeh. Sempitnyalah pemikiran aku ini.hahaha..

Ternyata, tekaan saya meleset. Bila beliau bercerita biji kekacang yang ditabur di tanah kebun. Tumbuh dengan baik dan subur. Subhanallah... Rasa ta'ajub sangat. Terkejut seperti tidak percaya. Bila saya sendiri menyaksikannya. Ternyata,Tiada kekuatan melainkan Allah. maha Suci Allah yang Menghidupkan. Jauh sungguh di sudut pemikiran saya. Tak pernah terfikir sampai ke situ.

Saya ada ambil gambar bila turun ke kebun pada awal tumbesarannya. Memandangkan pokok kekacang ini tinggi seperti rumput membuatkan saya lupa untuk melihatnya apabila saya turun ke kebun. Perkembangan terkini saya akan update kemudian.

Apa yang membuatkan saya rasa teruja apabila baru² ini saya baru menyertai group FACEBOOK BERKEBUN DI RUMAH. Ada satu posting yang betul² menarik perhatian saya iaitu tumbuhan kekacang.
Pokok kekacang


Pokok kekacang
Teringat masa kecil pernah nampak pokok ini. Tapi tidak tahu lansung ianya adalah tumbuhan kekacang hijau. Allahu..

Benih kacang hijau


Kacang hijau


Saya sendiri seakan tidak percaya melihatnya. Alhamdulilah syukurlah moga asbab melihat tumbuhan kecil seperti kekacang menambah rasa takut pada Allah. Moga rasa syukur makin bertambah atas nikmat iman dan Islam. Allahumma Aamiin.

Gambar di atas telah saya ambil di group Facebook. Mohon halalkan ya. Sebab saya begitu teruja untuk berkongsi. Di samping itu juga saya akan kongsikan perkembangan terbaru dari semasa ke semasa tumbesar tumbuhan kekacang nanti.

Mohon doa semua moga ada hasilnya, berbuah cantik seperti gambar di atas. Rasa seronok ingin menuai buahnya yang comel itu.

Moga Allah perkenankan.Allahumma aamin..

--------------
Perkembangan pokok kekacang 26 julai 2020.




 
Pokok kekacang

Pokok kekacang
Dah berbunga. Bunganya berwarna kuning


Pokok kekacang

Pokok kekacang

Pokok kekacang

Pokok kekacang

Pokok kekacang

Pokok kekacang

Bunga Pokok kekacang

Yang ni sahaja tanam di polibeg. 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...