Cara membuat Label Blogspot

Bismillah. Alhamdulillah.
Setelah beberapa Hari mempelajari Dan mendalami dunia blogging. 

Saya Mula menyedari selama ini saya berblogging tetapi tidak memahami fungsi LABEL yang sebenar.

Bayangkan Saya Mula membuat blog dari tahun 2010. Ketika anak Saya baru dua orang. Sanggup berjaya malam semata-mata mahu membuat blog. 

Pada awalnya hanya suka-suka. Tanpa mengetahui lansung fungsi button yang di sediakan di blog.

Bukti...😂😂😂😂


Tahun sebelum ini saya juga pernah menggunakan LABEL di blog. Cuma Saya buat ikut suka hentam keromo tanpa mengetahui tujuannya. Jadi sekarang ini terlalu banyak LABEL lama yang Saya sudah untagged. Esok Saya mahu mendalami lagi bagaimana cara mahu delete atau memadam LABEL di dalam blog.

Berbalik kepada cerita LABEL.

Maksud LABEL di dalam KAMUS DEWAN BAHASA 

Definisi : kepingan kecil kertas (kad dll) yg dilekatkan atau ditampalkan pd sesuatu (spt botol, beg, dll) utk memberikan sedikit keterangan (mis nama, jenis, kandungan, harga, dll); berlabel mempunyai label: botol itu tidak ~; melabel 1. memberi (mengenakan) label pd sesuatu: semua barang yg dijual perlu dilabel; 2. ki mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik spt jahat, suka menipu, dsb): ~ seseorang sbg pengkhianat; pelabelan perbuatan membubuh label pd sesuatu (barangan, tulisan, dll): undang-undang ~ di sektor swasta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


------

Kebanyakkan blogger bermula tidak menggunakan label di dalam setiap entry artikel yang ditulisnya. (Sejujurnya... Saya pun sama sebelum ini). Ini kerana Saya tidak tahu apakah fungsi LABEL dalam blog.

Kesannya, artikel yang ditulis susah untuk di kesan Dan diterokai. Kerana tidak mesra pengguna. Dengan adanya LABEL memudahkan Kita memasukkan dalam 1 kategori khas untuk membolehkan para pengunjung blog melihat artikel yang berkaitan.

Contoh mudah, TUDUNG. Saya post berkenaan Tudung. Bila LABEL Tudung di klik. Semua yang berkaitan TUDUNG akan keluar. Best bukan..

Dalam erti kata lain Label yang ada di blog memudahkan kita membuat kumpulan pada artikel di dalam kategori yang sama.

Selain itu label juga berfungsi untuk  RELATED POST  atau artikel yang berkaitan dengannya.

Untuk tahun 2020, aplikasi blogger.com sudah banyak berubah. Untuk memasukkan label sangatlah dan terlalu mudah.


Caranya, anda hanya perlu pergi ke icon LABEL. 
Masukkan label yang anda mahukan. Semudah ABC.

Selepas tekan icon label. Tekan (CREATE NEW)


Kemudian boleh apply di Blogspot anda.

Hasil yang akan terpampang di blog anda. 


Moga bermanfaat.
Selamat mencuba..





Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...