Arachis pintoi

Bismillah..

Alhamdulillah..
Kesihatan semakin baik. 

Sejak suami mula mengikuti group penanaman pokok durian dan pokok2 lain. Pelbagai ilmu yang dikongsi.

Suami kata durian ini cerewet juga.  Mungkin sebab tu durian mahal..

Durian kampung biasa berbuah dalam 300biji. 
Kalau durian kawen mmg 100 biji mcmtula. Tengok jugakla baja apa.

Durian ni pun kuat makan baja. 
Bukan pokok tanam tinggal.

Ada yg tanam setahun..  pokok besar tu jugak mmg ada masalah kat tanah. Nak tengok pokok membesar dengan baik kena tengok juga tunas baru yang tumbuh. Terlebih baja terlebih air juga daun akan jadi kuning..ada jugak batang jadi hitam.


Saya suka mendengar sahaja apa yang suami kongsikan kerana dia ..... (haha... biarlah saya saja yg tahu)
Saya suka perkongsiaan menambahkan rasa syukur akan ilmu Allah yang Maha Luas.. 

Antara perkongsian yang suami melalui komen2 adalah pokok arachis pintu. Mula nak sebut tu terbeliak gak lidah.. tapi bila dah biasa... rasa nak menyebut je..haha...xde keje..

Suami baru order kat shopee.
Sebab lama sangat kat pusat jnt..  3-5 hari jugakla nak sampai..
Pokok daun dah mulai menguning..

Suami baru trim baru pagi.. tanam kat bekas lain...moga2 hidupkan pokok arachis pintu tu..
Pokok arachis pintoi  ni macam pokok kekacang. Tumbuh rendah mcm rumput. Bagus katanya untuk ditanam di kawasan kebun untuk menjaga PH tanah.. Ia juga boleh dibiakkan melalui keratan.. 





allahu'alam.. tu yang suami kongsikan. Kalau nak tahu lebih lanjut.. kena google..

Antara bahan pembacaan tambahan di google.

Arachis pintoi adalah tanaman abadi herba dengan batang yang pada mulanya sujud dan kemudian naik ke ketinggian sekitar 50cm ketika tumbuh di kawasan lebat. 

Tumbuhan muda mempunyai sistem akar stoloniferous, mengembangkan akar umbi yang kuat pada mahkota yang lebih tua.

Tumbuhan yang lebih tua menghasilkan tikar pertumbuhan yang lebat .

Tanaman ini semakin banyak ditanam sebagai penutup tanah di perkebunan pokok dan sebagai komponen di padang rumput, di mana ia tahan terhadap ragut.



====

Secara peribadi saya sukakannya arachis pintoi. Warnanya seperti bunga matahari. Ada hijau ada kuning.. saya 🌻🌻🌻🤗🤗😻😻😻


Nak kata combination warna yang menyerlah pada mata saya...alhamdulilah...

Nanti kita update lagi perkembangannya. Saya suka ambil gambar dan simpan untuk rujukan sendiri. 

Saya ada beritahu suami.
Elok baik gambar nanti kita boleh perkembangan tumbesaran  pokok dan buah berapa hari/bulan/tahun.

Dibiakkan melalui keratan batang




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...