Bismillah.
Alhamdulillah..
Pertama-tama syukur kepada Allah segala nikmat iman dan islam kepada kita..
Alhamdulillah dikurniakan kesihatan baik.
Moga kita tabah dan menerima dengan tanah ujian dalam tempoh PKP.
Harini masuk 2 hari PKPD di sg lui. Kawasan yang terlibat Bt 21- Bt24.
Menurut sumber kawan yang tinggal di situ, peningkatan jumlah yang terkena jangkitan covid-19 adalah drp Tahfiz di kawasan tersebut.
Di ceritakan terkena jangkitan drp ijtimak tabligh. Buat masa ini tiada jangkitan kepada penduduk kampung. allahu'alam.
Moga semua baik2 shj in shaa Allah.
======
Saya pernah beritahu di posting blog saya sebelum ini.. berkenaan hand mixer yang best digunakan.
Sejujurnya sebelum ini saya beli yang jenis hand mixer yang biasa org pakai. harga yang saya pernah jumpa paling murah rm9.90. ada juga jugal rm14.xx paling mahal rm19.90.
Biasanya barang letrik ini jika tidak digunakan ianya akan rosak. lagi2 kalau di rumah ada serangga perosak seperti semut hitam dan cicak.
========
Harga pasaran Hand Mixer Russel Hobbs ni RM50.
jom ikut saya.. kita selongkar apa yang ada dalam kotak russel hobbs ni...
Kotak luar
AURA
HAND MIXER
RUSSELL HOBBS
=======
kotak tepi
Kotak depan
=====
1 set yang best.
dalam kotak itu..ada sekali
ada whisk dan hooks (biasa org guna untuk uli roti) dll.
Stand mix.
bow tu tak disertakan ya..
bow tu saya beli RM5 kat Gaint. Rasanya dah bertahun jugalah pakai. 5 tahun lebih kot rasanya.
korang mesti akan jatuh cinta.. dengan hand mixer aura ni..
memudahkan kerja selepas digunakan.. Tegakkan sahaja... tak perlu lapik atau baringkan...
Pemukulnya jesnis kurus.
Ianya yang mudah dibersihkan.
cepat kering selepas dibasuh.
tak mudah berkarat.
=========
Kalau hand mixer biasa seperti gambar di bawah. Seriously ambil masa nak basuh..
kelemahanhya lagi ianya mudah berkarat..
=========
Cara menyimpannya pun sangat mudah..
1. boleh simpan terus dalam kotak.
2. Gantungkan supaya mudah nak capai ketika menggunakannya..
contoh saya suka gantung macam dalam gambar ini sebab mudah dilihat dan mudah dicapai. Sebab kekerapan saya menggunakannya dalam masa masa sebulan agak kerap. kelemahannnya anak2 capai. tapi saya dah pesan pada anak2. main yang jenis lain. Yang tu mami punya..🤣🤣🤣🤣
======
instruction
Arahan ringkas.
=========
380w
Free whiks
5x putaran.
Gerakan sangat mudah .
Button tak keras.
Smooth jer.
Jadi tak perlulah nak tekan kuat2 masa nak alihkan putaran
1- very slow ( 1 yang ni pun dah laju) 🤣🤣🤣🤣
2- slow ( xdela slow mana pun)
3- medium
4- laju sikit drp medium
5- fast (paling laju)
Pilihan di tangan kita....
Perlulah berjimat berbelanja serta belanja untuk kegunaan jangkamasa panjang..
======
Nanti kita update video in shaa Allah)
=====
Kata-kata hari ini..
Memang susah nak hilangkan rasa tak percaya pada seseorang yang selama ini kita kenal hormat dan baik tapi sebenarnya dibelakang kita "cakap tak serupa bikin"..
menyakitkan hati bukan..
tapi selama mana kita nak sakit hati.. buat penat kita je..
solution/jalan penyelesaian:-
Ingatlah apa yang kita kata pada orang boleh kena pada diri kita semula.. walaupun tak kena immediately (secara tiba-tiba). Berjaga2 dengan kata2 dan prasangka (detikan hati).
sedangkan di Mekah/Madinah kita terdetik sedikit perkara tak elok Allah akan terus bayar cash.
didiklah mulut dan hati mulai hari ini..
Diri yang kena kata..
buat tak tahu sahaja...
Anggaplah tiada apa yang berlaku... sebab dia berkata je.. bukan dia serang fizikal kita...hahaha
Stay positive
====
"The Secret Ingredient is always ❤"
-Cik Aster