CARA MEMADAM LABEL DI BLOG ( CIRI LAMA SEBELUM JULAI 2020)

Bismillah
alhamdulillah

Dalam penulisan blog, blogger juga harus ambil tahu bagaimana untuk menguruskan blog lebih mudah. Ianya dapat membantu memudahkan anda menerbitkan penulisannya dengan baik dan cepat.

Ruangan "Draf" haruslah digunakan untuk merancangan penulisan anda dengan lebih baik dan terancang.

untuk kali ini saya ingin kongsikan cara memadam atau mendelete LABEL blog.

Untuk bermula anda perlu pastikan anda di ciri blog lama. Jika tidak, tukar ke REVERT TO LEGACY BLOGGER"

Sebelum kita pergi lebih mendalam cara untuk memadam label. 

Jom kita ulangkaji apakah yang dimaksudkan LABEL dalam blog dan fungsinya.

Labels ini adalah untuk mengkelaskan atau mengkategorikan sesuatu info yang sama/berkaitan dalam kumpulan yang sama.

Dapat tak? Pendek kata,label ini kita guna untuk kenal kelas yang sama dengannya. Bila kita label mudahkan untuk kita cari dan semak.

Sebagai contoh, anda membuat 1  post tentang tudung. 1 post yang lain tentang tudung yang sama tetapi mendalami lagi tentnag material yang digunakan. Anda boleh jelaskan atau LABEL kan kepada TUDUNG. Bagi memudahkan anda dan para pembaca terus merujuk kepada post yang berkaitan dengan TUDUNG sahaja.

Label ini boleh dilihat dibahagian blog anda di Navigasi Bar ataupun ia akan keluar secara automatik di bahagian Related Post iaitu bahagian akhir selepas sesebuah post yang telah kita tulis.


=========================
CARA MEMADAM LABEL BLOG
=========================
1.   Langkah pertama anda perlu log in dan masuk ke dashboard blogger anda di www.blogger.com kemudian pergi ke bahagian Posts dan pilih All labels
Padam label blog


2.   Dibahagian kanan atas, akan jumpa pilihan All Labels. Disinilah terdapat semua label yang pernah digunakan di setiap blogpost anda.


3. Pilih 1 label yang anda ingin padam.

Blog label



4. Kemudian akan keluar post yang telah labelkan dibawah kumpulan yang sama.

Padam label blog


5. Tekan select all. Tandakan tick (/) . 

6. Kemudian tekan delete (icon dusbin (bakul sampah).
Padam label blog


7. untuk menyemak,anda pergi semula ke ALL LABELS. Label yang anda padam tadi sudah tiada disitu.

Selamat mencuba.

Moga ianya dapat memberi manfaat.
Mohon maaf salah silap.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...