Demi cintaku padamu . (Tajuk yang tiada kaitan 🤣🤣🤣)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Jam kini menunjukkan 1:30 pagi. Mata sudah mula mahu tidur. Malam ini kami masih belum masuk kamar untuk tidur. Masih di ruang tamu mempelajari dan mendalami dunia blogging. 

Semalam tak sempat nak update apa² di blog. Ada sedikit rasa putus asa selepas mendalami ilmu keywords. Rasa selama ini buat tak berguna. Rasanya masih belum terlambat untuk diperbaiki lagi. Yang penting ada usaha dan terus jalan ke hadapan. Fokus.  Allah ada. Doa baik² dan tawakkal. Cuba amalkan dan praktis 1 ilmu dahulu, gunakan teknik yang telah diajar. Sebulan dua nanti tengok hasilnya. 

Setiap orang ada cerita. Sebaiknya cerita yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Pahala pun dapat. Rezeki yang halal lagi berkat. Allah pun sayang. 

Banyak lagi ilmu nak dipelajari. Lepas ni fokus contents. Isi kandungan. Rasa macam dah lama tinggal dunia karangan..penulisan zaman sekolah rendah rasa ok lagi. Zaman sekolah menengah Okla juga. Zaman universiti buat research. 

Zaman mak² 2020. Zaman anak² kini semua guna short form. Macam² bahasa keluarga.

Baiknya Aimy malam ni tido. Maghrib tadi dia muntah balik. Risau betul. Janganlah demam muntah lagi. Moga baik dan sihat selalu ya anakku.

Akhir kalam.. Bismikallahumma 'ahya wanita amuutt. .aamin.Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati..in the name of Allah I live and I die..aaamin..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...