Bismillah
Alhamdulillah..
Walaupun Aimy Amany sudah Makin sihat cuma Tak berapa selera nak makan..
Hari ini masak sup Dan bubur.
Dia hanya mahu sup sahaja.
Alhamdulillah..masih mahu makan.
Usai ke klinik. Singgah baker's cottage. beli ayam roasted Dan roti.
cerita semalam dah stop muntah tapi terus demam. Mungkin angin dah masuk dalam badan sebab perut kosong.
Petang dia tdo tadi ..
Suami memetik pucuk Paku.
Saya terus ke dapur untuk sediakan bahan masakan.
Nak jimat Masa..
Alhamdulillah hidangan Ringkas.
---
Bahan yang digunakan:-
Suami petik sekalu bunga Kantan. So Saya masukkan sekali dalam kerabu.
Kacang botol tu hasil pertama yang suami tanam Masa PKP tempoh Hari. Jadi Kita sekalikan bahan yang Ada.
Bahan utama pucuk mestilah wajib Ada.
Bahan lain bawang besar 2ulas, bawang putih 2 ulas, cili,u kering/Ikan bilis. Sedikit garam.(ditumbuk halus)
Bahan tadi ditumbuk halus.yang suka pedas boleh lebihkan cili.
Tumis dengan minyak sedikit sehingga kekuningan.
Kemudian letakkan hampas kelapa yang belum diperah.
Kemudian masukkan pucuk Paku.
Masak sehingga agak layu.
Akhir sekali masukkan bunga Kantan yang dihiris bersama kacang botol.
Sebaiknya jangan masak terlalu lama.nanti daun daun Paku akan bertukar menjadi hitam.
Suami kata rasanya ok. Sedap lagi Haritupunya..
Punyala recall haritu punya masak mcmna..
Bila teringat haritu masak guna Ikan bilis je.. suami suka version Ikan bilis berbanding udang kering..hehehe..
Kerabu ini sedap diratah. Boleh habis 1 mangkuk..
😂😂😂
Kalau yang suka letak perisa pak aji. Boleh letak..
Kalau mcm Saya..biasanya letak mushrom seasoning @ AJI-SHIO.
Oklah
Selamat mencuba ya..
Kalau sedap boleh Komen.
Kalau Tak menepati citara mohon maaf.
Mungkin cara Kita berbeza.
Setiap tempat Ada makanan tradisi Dan makanan yang disukai. Jadi Kita Tak boleh paksa orang suka masakan Kita..hehehe..
Yang penting. Alhamdulillah..bersyukur atas rezeki Dan nikmat Allah. Keran Kita di bumi yang sama. Dibawah langit yang sama.