IDEA MENULIS BLOG


Idea menulis blog

IDEA MENULIS BLOG Untuk melakukan sesuatu anda haruslah menjadi pemula atau Starter. 

Jika tidak bermula bagaimana ingin berjaya.

Bermula APA yang pada diri anda.
Menulislah APA yang disekeliling anda.
Menulislah dengan hobi anda.
Menulislah tentang anak anda.
Menulislah tentang masakan harian anda.
Menulislah pengalaman menziarahi tempat tertentu.

Dalam erti kata lain ianya juga boleh dikaitkan dengan
Fashion 
Masakan
Kehidupan ( Dairy Harian)
Travel tahunan 
Umrah Haji
Perniagaan
Pendidikan
Agama/Tazkirah

Bezanya cara anda menyampaikan dalam bentuk yang menarik minat pembaca dan ianya asli (orginality).

Anda mungkin berminat menonton Cerita DRAMA SANGAT. Anda boleh buat review tentang cerita yang mendapat ranking tinggi dikalangan penonton. Jika dikaji, rata-rata Komen di YouTube akan mencari PENAMAT CERITA. Kita boleh beri kelebihan dengan menceritakan dengan mengolah cerita tersebut dengan cara kita dan Kita juga boleh berikan komentar drama yang ditayangkan.

Jika anda seorang yang suka memasak. Mungkin anda boleh kongsikan resepi tradisi keluarga anda.teknik masakan yang betul. Resepi yang buat pasti jadi. 

Masukkan elemen humor bagi lebih menarik.

Pasti akan ada pembaca yang akan mengikuti anda(followers). Jika anda Suri rumah pasti anda memasak untuk keluarga anda.
Masakan yang mudah dan ringkas amatlah diminati oleh pembaca.

Selain itu jika anda berminat untuk berkebun dari rumah. And boleh kongsikan Tanaman yang and tanam,Baja yang digunakan serta cara untuk mencegah Tanaman rosak. Pasti ramai yang mencari. Selepas musim PKP ramai yang telah bermula menanam kecil-kecilan dari rumah. Ianya seronok bila dapat dikongsikan kepada umum. Ianya juga boleh dikira pahala bila berkongsi ilmu yang bermanfaat .

Yang penting anda mestilah menulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami, penyampaian yang ringkas.
Mesej sampai kepada pembaca dan mereka seronok bila membacanya.

Moga membantu. 
Asmidar Jailani
- 🌼🌻

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...