🐟RESEPI IKAN KELI MASAK CEKUR🐟 (LELE KENCUR)🐟

Bismillah
Alhamdulillah..

Masyarakat Jawa sinomin dengan masakan lele kencur... masak gulai lemak letak daun cekur.

Setiap orang ada cara tersendiri nak masak hidangan ini...

=====


Bahan-bahan
Ikan keli 10 ekor
Tepung gandum utk basuhan hilangkan lendir
Asam jawa utk lumurkan sebelum menggoreng
Garam halus dan serbuk kunyit secukupnya



_____________

Bahan kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sengenggam kian bilis
Sengenggam cili api (ikut suka)
Biji buah cekur dalam 5. Kalau takda pun xpa. (Kadang tanam isinyaa xda.. banyak akar ..ikutlah rezeki yg ada)

Asam keping 1 keping
Santan kecil 250ml
Daun cekur (dipotong halus)
Daun Limau purut (dipotong halus)



_____

Cara-caranya:-
1. Basuh ikan keli bersih2. Hilangkan lendir ikan dengan rendaman tepung gandum.
2. Lumurkan Adam jawa untuk hilangkan hanyir.  Perasakan dengan garam. Gaul sekali dengan serbuk kunyit. Boleh perasakan dengan aji-shiro serbuk lada hitam jika ada.
3. Goreng ikan keli sehingga garing.




-----

Bahan kisar tadi ditumis sedikit.. tunggu sehingga air kering.

 Kemudian masukkan santan Dan asam keping.


Tunggu mendadih. Masukkan ikan Dan akhir sekali masukkan bahan daun cekur dan daun limau purut (yg telah dipotong halus memanjang).


Didihkan sebentar dan kacau pernahkan supaya ikan tak hancur.. masak sampai naik bau...Siap!

Selamat mencuba..

Tips Dan info tambahan:-
1. Bagi mengelakkan ikan daripada hancur. Ada eloknya ikan keli digoreng garing dulu.
2. Ikan akan jadi lembut dan sebati selepas dimasukkan ke dalam kuah lemak.
3. Untuk hilangkan lendir ikan. Basuh dengan tepung gandum. 
4. Jika masih bau lagi lumurkan dengan asam jawa. Permukaan luar ikan keli (sebelum digoreng) akan menjadi kesat.
5. Gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng ikan. Ikan akan meetup sekiranya ada lemak. (Jaga2 dan berhati2). Boleh menggunakan air frayer untuk menggoreng bagi yang ada dirumah. Air frayer juga dapat menjimatkan minyak dan masalah letupan kketikamenggoreng dapat diselesaikan.
6. Biasanya minyak akan menjadi hitam selepas menggoreng ikan keli.
7. Selepas masukkan santan ,kacau perlahan2 supaya tak pecah minyak.
8. Daun cekur dan daun limau purut apabila digabungkan memberi aroma yang sangat sedap Dan wangi. Menambatkan selera  


Maaf di atas kekurangan.  Ini cara saya masak untuk keluarga tercinta.

Nak lihat masakan ayam masak cekur?

Selamat mencuba!
The secret ingredient is always ❤
_______

Kata2 yang baik juga sedeqah. 
Didiklah hati juga supaya berkata dengan perkataan yang baik juga..
-cik aster

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...