TAZKIRAH JUMAAT |RAMADHAN KE-8|



ALAMAT DITERIMANYA AMALAN SOLEH DALAM BULAN RAMADHAN

Al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali رحمة الله تعالى berkata :

" Bahawa kembali lagi berpuasa sesudah puasa Ramadhan adalah tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالی apabila menerima amalan seorang hamba maka Dia akan membimbingnya untuk beramal soleh setelahnya. Berkata sebahagian Ulama, "Balasan dari kebaikan adalah kebaikan sesudahnya, barangsiapa yang mengamalkan kebaikan lalu diikuti dengan kebaikan setelahnya, maka itu tanda diterimanya amalan kebaikan yang sebelumnya. Adapun orang yang mengamalkan kebaikan namun diikuti dengan keburukan setelahnya, maka itu tanda tertolaknya kebaikan dan tidak diterimanya amalan."

[ Al-Imam al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali dalam Latha'if al-Ma'arif ]

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...