👩‍🌾🌱Tanaman Pasu -🌱 jom bercucuk tanam bina kebun kecil di rumah kita.🏡

|coretan Lama ini..kalau tak silap tahun 2018| masa mula tanam pokok.. ada pokok yg masih hidup sehingga tahun 2020 ni. Alhamdulillah..

========

Assalamualaikum.. harini kita lari tajuk sikit ttg tudung.
Suri rumah kkdg2 bila ada masa lapang...
Seronok tau tanam2 pokok.. dpt memberikan ketenangan di samping dpt kurangkan duit belanja dapur sikit2.
Kdg kita nak memasak nak guna bahan sikit shj. Jadi apa kata kita mulakan sikit2.
Ianya mudah..
Saya mulakan sedikit ilmu melalui pembacaan.. mmg dr dulu suka juga tanam2 ni. Masa kecik klu mak ajak g kebun.. sayalah org teman yang nak ikut. Sbb seronok tgk pokok... lagi2 klu keluar buah. Keledek,keladi ,ubi mak tanam..
Pastu dh makin besar.. badan x berapa sihat.. jadi x berapa aktif sgt aktiviti2 menanam ni.
Cik abe yg start menanam sikit2..lepas saya mulala nk menambah pokok2 yg selalu kita guna nk masak..
Cik abe gunakan tanah bakar.
Biasanya kedai rm2 ada jual tanah ni.
Boleh juga fiber (sabut kelapa) .
Kami gunakan tanah yg ada kat rumah ni. Sbb kawasan rumah sewa ada pokok rambutan dan juga pokok2 lain. Jadi kami jadikan ianya baja.
Gambar2 di bawah adalah hasilnya..
Ada juga pokok yg kami beli benih @anak pokok cuma kami semai semula..
Mulakan sedikit lama2 membukit.. selamat mencuba.. cuma ujiannya ada juga.. ulat2 biasalah peminat kunyit..🌿🐛

Bayam merah. 
-sbb nk tanam sbb nak naikkan hb. Sbb jenis ni jarang jupa kat kedai. Kena g pasar2 tani tertentu baru jupe. Mmg semua bym ni kaler merah. Daun dan batang merah. Mmgxde warna hijau lansung.
Ni bayam merah masa mula2 tanam.

Selepas seminggu baru nampak daun. Walaupun semua batang tak keluar daun. Apa2 syukur ada juga yg bercambah dan bertunas.


Daun bayam merah yg berumur seminggu..



Daun sup dan daun bawang.
Daun bawang tu sy tanam cucuk je bawang yg ada kat dapo. Biasanya ada bawang yang dh bertunas. 

Daun sup tu sy beli anak pokok. Pindahkan tempat shj. Klu beli mereka akan campur tanah dan sabut kelapa. 


yang ni pokok pandan.. ni minta benih dgn mil. Bolehla guna sikit3 nk masak nasi lemak..alhamdulillah.. 


Pokok pucuk manis
 Boleh petik sikit2 klu nak masak lemak labu.


Yang ni cik antara pokok terawal. 
Beli anak pokok..dh besar bak juara.
Biasa guna nak masak paprik, tomyam.


Yang ni pokok kangkung.
Beli sayur kangkung. Batang yang berakar kita cucuk je kat tanah.. dh ada 3 bekas. 
Alhamdulillah bolehla nk masak sikit2.
Biasanya klu tanam sendiri.. klu dh nampak besar.. jgn biarkan lama sgt.. nnt jadi liat.


Pokok kunyit.
Beli buah kunyit kat bahagian clearance sale GAINT. rm1 rasanya. Mmg dpt byk.
Balik rumah just tabur2 je kat tanah.
Bila dh bertunas. Baru pindahkan kat pasu.
Ulat sangat suka makan kunyit mungkin sbb wangi.
Pasu2 tu beli kat kedai rm2 je. Ada yg 3 rm2.
Tgk jenis pasu.
Klu suami dia guna plastik beras je. Lagi jimat dia ckp.


ni pokok cili. Kami beli pokok ni masa g cameron december thn 2017. Alhamdulillah panjang lg umurnya.cuma buah comel2.. kena bg baja lagi.. 


Yg ni pokok limau kasturi. Bolehla sikit2 nk buat sambal belacan..


Ni pokok pudina. Benih amik kat rumah mak. Pokok ni senang sangat hidup. Cucuk2 je. 
Dh ada 2 pasu.
Senang membiak dan senang hidup.
Mungkin sbb langat ni sejuk kot.
Klu suke bleh buat air teh + daun pudina. 
Air lemon+ serai+ laici +pudina pun sedap.


Pokok lidah buaya..tp jarang guna..
Bagus utk kulit dan lembabkan bibir secara semulajadi. 
Klu rajin buat hari2..😂😂😂😂


Pokok daun kesum.
Try tanam guna kaedah span. Tp yg keluar tunas 1 sahaja. Apa2 pun alhamdulillah.


Ni semai pokok ubi kayu.
Tanam sbb suke gulai pucuk ubi.


Pokok daun kecur.
Tamam kat tanah je..
Sedap klu dpt masak lemak cekur or buat sambal cekur beledek.

Pokok ubi


Pokok ubi baru cucuk batang baru.



Ulam raja.


Ulam raja.

Betik


Pokok serai pun ada ..cuma xda gambo..huhu.

Ada juga tanam lempuyang...tp x tau nk masak mcmna.. tak reti buat jamu.. 😂😂😂


Alhamdulillah buah mangga.. tahun ni lebat berbuah. Sedap buat jeruk asam boi.

Yg gambar atas tanah adalah selingan shj..huhu

Selamat bercucuk tanam..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...