RESEPI BISKUT CORNFLAKES RANGGUP MUDAH & SEDAP!

Bismillah
Alhamdulillah

Sejujurnya ni adalah percubaan kali ke2. Percubaan pertama saya letak telur dan baking powder. Kali ke2 ini saya ikut resepi asal (di bawah ini) cuma ada beberapa bahan yang saya kurangkan sukatan.

Resepi Asal. Saya Google. Kebanyakkan saya baca , resepi hampir sama. Setelah search saya mengambil keputusan nak ikut resepi yang menggunakan kiraan metrik. Penimbang lebih mudah pada saya berbanding dengan sukatan cawan.

Rata-rata saya baca resepi ianya berasal daripada Baker tersohor Azlina Ina. Alhamdulillah beliau mmg sangat baik suka berkongsi resepi.

======
(Resepi asal)

RESEPI CONRFLAKES RANGGUP

250gm butter/majerin
100gm gula aising
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
Cornflakes secukupnya


==========

Resepi sama seperti di atas cuma saya olah sedikit. Saya olah sedikit bergantung kepada bahan yang ready di rumah. Tiada bahan tidak membantutkan kita untuk membuat biskut. Kita usaha!..hihihi

===========================
RESEPI CONRFLAKES RANGGUP
===========================

250gm buttercup salted
90gm gula castor
200gm tepung gandum (diayak)
50gm tepung jagung (diayak)
1 sudu kecil esen vanila
Cornflakes secukupnya (diramas)

Caranya:-


Pukul buttercup & gula sehingga sebati sehingga nampak berkrim. Saya pukul menggunakan hand mixer. Resepi asal gula icing. Sedia maklum,gula icing stuktur lebih halus berbanding dengan gula castor. Resepi asal pukul guna whisk pun boleh.

Pukul sehingga nampak berkrim

Kemudian masukkan esen vanila dan tepung yang telah di ayak. Gaul hingga sebati . Adunan memang agak lembik sedikit..
. Saya masukkan dalam freezer dalam 5-10minit. Bila sejuk sedikit mudah untuk membentuk adunan.

Kali ini saya gunakan tangan. Sebelum ini saya gunakan piping.. pada saya mcm leceh skit guna piping.. mungkin pada orang lain ianya mudah... nak masukkan dalam plastik pun saya rasa dh comot.. orang lain mungkin lagi sempurna jika guna piping.



Kalau yang ada scope ais krim lagi mudah..tangan x kotor..heheh

Kalau tiada pakai sudu pun boleh. Guna 2 sudu. 1 sudu untuk ambil adunan. 1 sudu lagi kita tolakkan ke dalam cornflakes yang diramas. (Kena kreatif guna apa yang ada di rumah)..hihi


Masukkan cornflakes dalam mangkuk dan ramas sedikit.





Letakkan adunan tepung ke dalam cornflakes dan golek-golekkan.
Buat sehingga selesai.





Bakar dalam suhu 160c selama 15-20minit
Mengikut oven masing2.

Lepas biskut masak.. biarkan sejuk sebentar.. kerana ianya rapuh sedikit. Bila dah sejuk...ianya sedang elok untuk dimakan. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.

Dah sejuk masuk dalam bekas.
Alhamdulillah siap. Boleh dapat 1 bekas . Maaf tak Kira dapat berapa biji.


Tips Dan info tambahan:-

Saya guna cornflakes madu sebab itu saya kurangkan gula. Cornflakes madu memang dah media manis. 

Resepi ini tidak menggunakan baking powder jadi dia tak kembang sangat.

Nak guna piping pun boleh. Cuma bila adunan lembik ada lebihan adunan yang melekat di plastik. Seperti ada sedikit pembaziran disitu. Maaf itu pendapat saya sahaja.

Untuk memudahkan pembentukan adunan. Dicadangkan supaya masukkan dalam peti sejuk sebentar dalam 5-10minit 

Jika ada ceri/kismis/choc chip/nibs badam boleh masukkan dalam adunan. Ikut selera tekak kita nak makan. Heheh

Adunan ikut resepi ini memang agak lembik,tak perlu tambah tepung lagi.

Cornflakes cepat lemau jadi masa nak golek2. Guna dan ramaskan bila perlu sahaja. Jika kurang boleh tambah kemudian..

Selamat mencuba... dah Cuba boleh minta Komen ya.

"THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤"
- Cik Aster.


Doa ketika hujan turun
Allahumma soyyiban nafi'a..
Ya Allah! Berikanlah kebaikan kepada hujan ini.

Masa hujan biasanya doa cepat makbul.
Doalah byk2 apa yang kita hajatkan. Moga dimakbulkan Allah..



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...