RESEPI IKAN KEMBUNG BAKAR (MUDAH UNTUK DISEDIAKAN)

Bismillah..



RESEPI :IKAN KEMBUNG BAKAR SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN.

Bahan:-
2 ekor ikan KEMBUNG bersaiz besar
4 helai daun kunyit
Garam halus
Lada hitam shiro (serbuk lada hitam)
Serbuk kunyit
Asam jawa

Caranya
1. Siang ikan kembung. kemudian lumur dan basuhkan dengan air asam jawa. Tujuannya utk hilangkan hanyir.
2. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan. Tambahan perisa boleh letakkan ajishiro .
3. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit minyak. Lapikkan dengan daun kunyit. Jika tiada guna daun pisang pun boleh juga.
Daun kunyit/daun pisang menaikkan bau harum ketika membakar. ikan juga tidak melekat pada kuali.
4. Terbalikkan ikan jika sebelah bahagian sudah masak.

Maklumlah tambahan:-
1. Guna api kecil utk elakkan drp hangus.
2. Nak menambahkan selera..  ikan kembung bakar sedap makan bersama dengan air asam.

Resepi mudah ini patut Cuba tau..selamat mencuba...🤗🌻❤

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...