alhamdulillah..
TARIKH : 29 Mac 2020 (Ahad)
Menu Sarapan:Mee Hailam
Hidangan untuk Kekasihku suamiku
hidangan untuk diri sendiri.
========
RESEPI MUDAH MENYEDIAKAN MEE HAILAM
Bahan2:-
kicap
sos tiram
tepung jagung
gula kelapa
2 ketul kiub ayam
3 sekawan (kayu manis,pelaga dan bunga lawang)
2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris
sedikit biji lada hitam ditumbuk kasar.
jika tiada lada hitam biji boleh guna LADA HITAM AJI-SHIRO.
ayam yang dipotong kecil (secukupnya)
telur (ikut suka nak banyak mana. kami anak ramai letak 4 biji 😋)
Sayur Kobis bunga dan lobak
Caranya
1. Hiris Bawang besar dan bawang putih serta lada hitam yang telah ditumbuk kasar.
2.Panaskan minyak di kuali.
3. Minyak dah panas. Masukkan 3 sekawan dan bahan hiris tadi.
4. Tumis sampai naik bau.
5. Masukkan ayam. tunggu sampai ayam agak2 masak.
6.Masukkan kicap sekucupnya dan 3 sudu besar sos tiram.
7. Masukkan air.
8. Masukkan gula kelapa dan garam serta 2 kuib ayam.
9. Tunggu sampai mendidih
10. Bancuhkan 2 sudu besar tepung jagung.
11. Matikan api baru masukkan bancuhan td. kacau perlahan.
12. hidupkan api.
13. Matikan api. pecahkan telur.
14. Hidupkan api. masukkan lobak dan bunga kobis.
15. Tunggu mendidih.
16. Siap.
mee besar kuning baru dulu ya.
boleh hias dengan daun sup dan daun bawang.
potongan cili merah @ hijau
bawang goreng.
Hiasan Tambahan:
saya letakkan juga SERUNDING KANTAN GORENG CRISPY yang saya buat semalam.
========
Semasa bersarapan suami bertanya..
"beras masih adakah?"
"ya.. masih ada" ujurku..
"cukup untuk 6bulan?"
" Rasanya tidak.. musim PKP ini masak 3 cawan habis sahaja.ada pun berbaki sedikit.. itu pun tak dapat buat nasi goreng.."
" Mengapa tanya soalan begitu?" tanyaku lagi
" Mungkin PKP ni sampai 6 bulan untuk habis semua.. kerana ia melibatkan seluruh dunia"..
" Allah...Maksudnya tahun ini tiada haji "
dialog terhenti kerana terdengar suara amany berdialog eteh edeh dalam buai..
kami tersenyum bersama.🤗😆
==========
Selepas bersarapan kami berjalan-jalan menikmati udara pagi di luar rumah.
teruja nak melihat perkembangan tumbesaran Bunga Matahari.
eh eh macamana putih boleh ada atas bunga matahari tu...🤪🤪🤪
nice view
======
Plan hari ini nak buat inti karipap. in shaa Allah..
Pagi ini anak² perempuan solehah tolong mami sidai kain. Biasanya amin yang buat. Hari ini dia dah buka youtube tengok video minicraf bersama Ammar.
Amany dan Afiqah main kucing di luar.
Abi melihat pokok tanamannya.
========
Mami nak edit video masak . Dari semalam belum berjaya..😅😅
Harini dengar penjelasan abi tentang ada txt. apa kebenda tahla.. belum berapa nak faham.
😂😂😂😂😂
======
Selepas sarapan anak2 bersihkan kolam, pam kolam kemudian isi air dalam kolam. Kemudian semua mandi kolam kecuali amin.
Abi minta tolong pindahkan anak pokok betik di tempat baru.
Sambil2 kami berborak..
"Banyak sangat anak pokok betik ni" ujar abi
" baguslah! Boleh bagi jiran" jawabku
" kesian kalau dapat betik jantan" balas abi
" kita bagi buah jelah. Dapat pahala" jawabku sambil tersengih...
" nak bezakan pokok jantan dan pokok betina, kena lihat pada bijinya.. yang orang tu (seller shopee) ajar.. yang bentuk bulat itu jantan.. yang bentuk oval itu betina" abi menyambung ...
"Oooòo.... " balasku sambil tergelak...
" hahahahahaa...."
========
Sambil2 saya pun membuat pemantaun pokok bawang. 1st day tanam hari Sabtu.
Ada catit untuk melihat perkembangan pokok ini. DOAKAN BERJAYA YA...
=====
Selamat Berhujung minggu di rumah masing²..
" THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤"
======