bismillah.. (malam) baru lepas siap bakar kukis kali ke-2. Ada sikit lagi adunan..bakar esok jela. sbb mata dh mengantuk.. anak yg no.5 dah tutup lampu. Dia suruh mami tidur.. dah malam dia kata....🤭🤭🤭
THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤ |
bila rehat masuk bilik kejap sementara menunggu kukis sejuk . Lepas sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara supaya tidak masuk angin. Jika kukis di tutup ketika panas, bekas akan berwap menyebabkan kukis lembik dan mudah masuk angin.
========
Tengah baring, tetibas suami kata ada kawan terkena covid-19. Ya Allah! terkejut sbb memang kenal pakcik tu. Last jumpa beliau pada 29hb Feb 2020 di Kenduri walimatul urus di DEWAN EON BIG. Pakcik ini berjawatan Ketua Kampung. Tak mustahil dia banyak berjumpa dengan orang ramai.
Tak semena-mena mata berat nak lelap, walaupun badan terasa letih yakmat. Bila baringkan diri di katil lagi terasa penatnyan Alhamdulillah! Nikmatnya dapat berehat.
Ya Allah! Bila amalkan zikir siti fatimah.. lama2 penat pun menghilang.
=======
Hari ini dberitakan 8 orang telah terkorban disebabkan oleh COVID-19. MATI ITU PASTI Dalam keadaan begini. Jika mengetahui perjara itu membawa mudharat pada diri dan keluarga. Elok kita ikut saranan Pihak Kerajaan. PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) bukanlah untuk menyusahkan rakyat. Ia adalah langkah baik dimana MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.
=============
Berita Terkini:-
=========
Bahan-bahannya:-
250gram buttercup
100gram gula icing (tapi saya guna gula castor - guna gula yang ada dirumah shj)
200gram tepung gandum (diayak)
50gram Tepung jagung (diayak)
1/4 sk Baking powder
1 sk esen vanilla
Cornflakes madu secukupnya (diramas)
Cara-caranya:-
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati sampai berkrim ( boleh pakai whisk atau hand mixer)
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang telah telah diayak td.
4. Gaul sebati. (Adunan agak lembik)
5. Masukkan cornflakes yg diramas td.
6. Gaul sebati kaup balikkan.
7. ambil sesudu adunan, bulatkan di atas dulang pembakar yang telah dilenser mentega (supaya tidak melekat).
8. Bakar pada suhu 180'c selama 25 minit. Bergantung pada oven masing2.
Dah siap bakar. Bakar agak garing sikit.
Ammar request nak amik gambar bentuk love kat kukis.
video tak dapat upload. 😅
Nanti kita cuba lagi.. cuba jaya in shaa Allah..
alhamdulillah dapat 1 bekas.
kalau beli dalam rm20 la kot sebekas.
Alhamdulillah
" THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤