RESEPI CORNFLAKES MADU HANYA GUNA 4 BAHAN SAHAJA. MUDAH DAN SENANG DISEDIAKAN.

RESEPI : CORNFLAKES MADU TANPA PERLU DIBAKAR. HANYA 4 BAHAN SAHAJA

Tarikh : 29 Mac 2020 (Ahad)

Barang² ini sangat mudah didapati di kedai Speedmart yang berhampiran tempat anda. 

Bahan²nya:

Bismillah.
Jom cuba resepi cornflakes madu yang sangat mudah disediakan. yang penting anda tidak perlu bersusah payah untuk membakarnya.

boleh dijadikan kudapan petang untuk anak² anda. Bahan²nya juga sangat mudah didapati.


======

Bahan²nya:-

162.5 gram Cornflakes nestle (anggaran kasar separuh plastik 275gram+50gram = 325gram ÷ 2 : 162.5 gram)

5 Sudu Besar Gula Castor ( nak kurangkan manis letak 4 sudu)

125 gram Buttercup Salted (bukan salted pun boleh) jika beli yang 250gram potong tengah jadi 2 bahagian.

Cara²nya:-
1. Cairkan buttercup bersama gula (lihat video). Klik di RESEPI CORNFLKES MUDAH DAN CEPAT

dah cair sebati (jangan dikacau)

Masukkan cornflakes.
kacau hingga sebati

Curahkan madu ikut suka.agak²nampak kilat tu kira dah cantik.

Gaul sebati. Matikan api bila dah nampak cornflkes kekuning-kuningan.

guna flash

tanpa flash

ketahuilah ianya cornflakes yang sama.Walaupun warna lain disebabkan pencahayaan ketika mengambil gambar. Rasanya tetap sama

hihi..

=====


Sedia untuk dimakan tanpa perlu dibakar. Bila dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

======

Bajet:-

Cornflakes 275g+ 50g = RM6.75
Gula Castor RM3
Madu Honey De'Choice RM4.65
Buttercup Salted rm6.45
Total: RM20.85

RM20.85 ÷ 2 : RM10.425
Bahagi 2 sebab kita guna separuh sahaja bahan. Kos tu sebenarnya murah lagi sebab kita hanya guna 5 sudu besar gula daripada 500gram

so, jimat bukan!. Puas makan anak beranak.. yang penting READY TO EAT  boleh makan jadi kudapan petang² sambil tengok tv lagi²musim PKP (MRO) Covid-19 ini.

Selamat mencuba tau!.buat masa ni kalau nak lihat video boleh lihat di link youtube ya.. Ada masa kita edit video dalam ini  sebab di blog video tidak boleh sampai 100MB.


Terima Kasih semua.❤

=========

TIPS:-
1.Pastikan semasa cairkan butter dan gula jangan dikacau nnt akan berketul. Gula tak dapat cair dengam sekata.
2.Guna api kecil (bawah) semasa mencairkan butter dan gula untuk mengelakkan gula hangus. Bila hangus rasa jadi pahit.
3. untuk rasa yang lebih sedap gunakan madu yang berwarna cerah.Biasanya warna berwarna cerah rasanya lebih manis berbanding madu berwarna gelap ada yang rasa masam. Madu kelulut ( masam) tidak digalakkan. Madu Akasia pun boleh guna sebab biasa madu akasia ni manis. Sedap!Nak guna Madu Shuib pun boleh. Sedap juga.Cuma Mahal. kena kira bajet semula jika nak jual..hihi

Moga tips ini berguna pada anda.

========

"THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ❤"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...