alhamdulillah.
Tarikh : 26 Mac 2020 (Khamis)
menu hari ini.
-beehun simple
-ayam goreng tepung bestari
-air kopi susu
behun tadi makan dengan kantan goreng ranggup (semalam baru buat). terangkat juga rasanya. sebab hari ini memang masak tak nak pedas.
boleh buat lagi hari ini. kantan masih banyak. sampai x tahu nak masak apa..😊
===============
9: 41am
Pagi dan saat ini... anak² buat kerja sekolah matematik. Abi print homework yg berkaitan bagi otak aktif.
anak yg umur 4 tahun kebosanan nak mandi kolam. kesian dia .. takda sapa nak mandi sama² dia .. Dia ajak adik dia amany (setahun 2bulan ) utk mandi sama². 😅😅😅. adek kecik pun dh pandai. baling kasut dia.. then pura² nak ambil.. sedangkan kaki sebelah dh nak masuk kolam..😅😅😅. kena pantau untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
SubhanAllah! Benarlah tanaman dapat memberi kegembiraan pada manusia.
Alhamdulillah! lagi seronok bila melihat tanaman yang ditanam semakin membesar.
Tanda2 kebesaran Allah dekat dengan kita .. cuma kita tak perasan. Kadang manusia nak tunggu aurora muncul, Hujan batu , bila perkara2 pelik berlaku baru nak rasa kebesaran Allah. suka untuk saya ingatkan pada diri sendiri.
========
antara pokok yang saya banyak kali tanam tapi tak berjaya hidup ada pokok daun sup.. pokok daun sup ni memang manja. tak boleh lembab sangat nanti daunnya jadi lembik. try and error juga nam tanam pokok ini..😊😎
alhamdulillah! Terima Kasih Allah kerana pokok daun sup ini masih hidup dengan jayanya. Saya semai drp daun sup yang beli. tanah pun x nak lembab. harap pokok ini membesar dengan baik. Usaha dengan memberi baja daun supaya daun membesar dengan besar.
===========
*bayam merah*
pokok bayam merah ini saya tanammasa mengandungkan anak no.6 (2018). Masalah yang saya hadapi setiap kali mengandung adalah hb low. mcm usaha dilakukan termasukkan makan sayur bayam merah ini. Sayur bayam ini susah nak dapat. Jadi saya usaha untuk tanam. Bayam ini membiak melalui spora. walaupun pokok asal dh mati. Tapi masih boleh hidup.
1 pokok laterselit tumbuh di pokok daun pandan.
sejemput kucai.. hihi
ni pokok kucai. beli awal tahun haritu. tapi tak membiak😂😂😂😂 kurang baja daun agaknya..
daun kesum.tanahnya perlu lembut . kalau tengok makcik tanam dia tanam katparit. subur gemuk2.. saya tanam cucuk2 kat tanah . mula2 tanam dulu saya semai kat span.. dah berakar baru pindahkan ke tanah. sekarang bila kita patahkan batang kemudian cucuk di tanam.alhamdulillah batang tu hidup dengan baik. nampak tunas baru pada batang tu kira syukur dan gembira sangat. dalam kepala dh plan nak masak apa nnt..🤗🤩
==========
pokok labu
ingat lagi beli labu di pasar pagi. awal tahun haritu. 3 bakul sayur campur² rm5. sayur yang saya piluh antaranya labu.
bijinya saya semai. saya rendam dulu. tak ingat berapa hari. baru saya semai kat tanah.Alhamdulillah! moga labu ini tumbuh dan membesar dengan baik. dapat kami merasai buahnya nanti. Macam²boleh buat, lemak labu,pengat labu..mcm² lagi..
=======
pokok pudina
(lupe nk amik gambar)
daun byk dah mati. Sebab terlupa sebab tak petik. batang² yang dah mati (hitam) perlu buang dulu..nanti akan tumbuh tunas baru.
Cara tanam pudina sangat mudah. ambil batannya dan cucuk sahaja di tanam (pasu).
pokok asal saya ambil di rumah mak saya (tg krg).
alhamdulillah wa syukur lillah..❤🤗🌻