[ DAY 5 : SOCIAL DISTANCING COVID-19] ,,✔️

alhamdulillah..

Tarikh: 22Mac 2020 (Ahad)
hari ini petang hujan lebat.
rasa sayu menyelubungi bila hujan lebat. biasanya bila nak ramadhan hujan akan sentiasa turun.

petang tadi lepas hujan berhenti,jalan keluar menghirup udara segar.. alhamdulillah nyaman.. walaupun keluar rumah tak sekerap sebelum ini.

Biasanya walaupun keluar sekadar keliling rumah untuk melihat tanaman, petik sayur untuk masakan, bersihkan laman dll. Bila Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan ada rasa serba salah bila berada di luar rumah lama².

alhamdulillah bahagia tengok bunga matahari yang bakal berbunga tak lama lagi..

Bunga matahari

Bunga matahari

Bunga matahari

bunga matahari

bunga matahari


===========

pada jam 11pagi tadi.

sempat jenguk suami di kebun. 
Rezeki hari ini dapat jupa Pak Cat (pacat)..huhu

Pucuk paku
Pucu Paku dan Bunga Kantan

alhamdulillah hari ini dapat mengenal antara paku pakis dan pucuk paku. 

===========

konon² hari ini nak buat air viral.
nescafe + 2 besar gula +susu mix sebati sampai keluar buih. 
then letak air batu..

memandangkan kami sekeluarga jenis tak minat nescafe. mungkin sebab suami jenis tak suka minuman macamtu. saya pula bila minum sakit kepala. memang takda nescafe bertahun lamanya.. 

kopi yang serasi jenama malaysia. muslim bumiputera. agromas. Pilihan saya ialah kopi putih keluaran Agromas. 

nanti saya buat review kopi keluaran agromas yang pernah saya cuba.in shaa Allah..

Kopi putih
kopi ni bila mix susu lain jadi lain macam rasanya. lain.

jika bancuh 1 sachet ikut sukatan air yang dicadangkan.
rasa kopi putih ini memang mengancam...hahaha..
alhamduliah..

=================

Kita ambil tahu juga Perkembangan covid-19 (coronavirus)

setakat ini 9 kematian dicatatkan di Malaysia.

Hulu Langat kes makin meningkat. 75 kes.
Ya Allah! padaMu kami memohon pertolongan dan perlindungan..

========
Langkah² keselamatan dan Pencegahan yang perlu diambil selepas membeli barang. Terutamanya para suami.

alhamdulillah. 

Saya jenis jarang keluar rumah. Sebelum ini pun , bab urusan membeli barang dapur memang tugas suami. Jadi tidak timbul banyak sangat masalah. Cuma kadang² tu ada juga barang yang dia tersalah beli. Salah kita juga tak terangkan jenama apa dll lagi² jika beli barang di kedai bakery.

 Sejujurnya saya lebih suka duduk di rumah. Dar bermaksud tempat/rumah.  heheh.. see the correlation..hahaha..tiber!.😅🌻

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...