Awwalan pihak kami mohon maaf kerana blog ini dah bercampur dengan post jualan tudung.
Untuk makluman semua, kami masih menjual tudung. Kebanyakkan tudung adalah dropship kepada Es Dan JS dll.
Untuk keadaan yang berlaku kini, pinak kami hanya menjual yang ready stok sahaja.
Stok penghabisan stok juga masih berjalan.
Pengeposan dilakukan Oleh pihak HQ @ pihak kami . Bergantung kepada stok pada siapa.
==========
Untuk aktiviti sepanjang PKP hari Ke-8
Alhamdulillah santai sahaja.
sejujurnya saya suka dan gembira bila berada di rumah. lama2 timbul rindu juga pada mak, adek beradek dan saudara mara yg lain. moga mereka dalam keadaan baik dan sihat2 shj.
Sarapan pagi ini
Menu: Menara Roti Telur untuk anak2.
Lempeng cicah sardin utk habibi zauji.
Menara Roti Telur 8 tingkat
Lempeng + Tumis sardin.
=========
11.30am
Sementara anak2 mandi kolam terus masak untuk lunch. Ya habibi zauji seperti biasa membuat kerja pembersihan kawasan rumah dan meninjau pokok2 di nursery abi.
Pagi ini dimulakan di kawasan rumah sahaja. p
Anak2 kelaparan selepas mandi kolam. Masing2 makan nasi.
Lunch harini.
Menu :Ikan kembung goreng
Ikan kembung belado sambal ijo.
Sayur tumis kantan bilis
Bening kobis
Semalam suami kata cubala masak macam masak tuhau. Tuhau ini adalah jenis batang pokok yang ada di sabah sarawak. Sedap tuhau ni.
Tapi kat sini tak ada tuhau.
Kita guna kantan.
cara-caranya..
Kantan tadi kita potong halus. Goreng kantan sampai garing. Goreng ikan bilis garing. Gaulkan bersama. Perasakan dengan garam sikit je. Kalau x nk pun xpe sbb bilis dah masin
rupa mcm serunding.
Alhamdulillah siap sebelum pukul 1petang
terima kasih juga pada jiran.abg sam dan kaknaa sekeluarga sebab bagi bubur, cendawan getah tumis dan cendawan getah tumis. cendawan getah ni mmg sangat sedap. tumis pedas sikit tak perlu air byk sgt. biasanya tumbuh kat batang pokok getah. mcm cendawan liar juga.. susah nak dapat. teringat masa awal perkahwinan my mil masak tumis cendawan ni mmg sangat sedap. lepas berkahwin baru kenal cendawan getah dan cendawan kememer.. alhamdulillah..
===========
Hari juga perutusan PM KE-8
PKP dilanjut sampai 14 April 2020. 24 April 2020 1st ramadhan 1441H. Moga kita sabar dan tenang menghadapi ujian Allah. moga barisan utama di hospital sentiasa diberi kesihatan yang baik dari segi mental dan fizikal...aamin... Moga Allah memberikan sebaik2 ganjaran untuk mereka...aamin
Rasanya dah lama tak review tudung.
Rasa nak review tudung jimmyscarves.
Petang jika berkesempatan in shaa Allah. Moga amany tidur Lama petang ini.
Hayya assolah (zuhur)