[Day 7 - SOCIAL DISTANCING] YESTERDAY AND TODAY ACTIVITIES

bismillah
alhamdulillah..

semalam sempat buat aktiviti melipat samosa dengan anak². kemain happy anak². macam² bentuk samosa ada.

alhamdulillah. biarkan mereka mencuba perkara yang baru asalkan baik untuk mereka.  akhirnya kita sebagai ibu akan tersenyum bahagia.


insan2 yang rajin menolong mami. moga sampai besar rajin menolong dan mengemas..aamin


yg 3 tahun 6 bulan pun nak cuba melipat samosa...


1st round


2nd round- macam bentuk samosa ada.

mami nak halang mereka untuk membuat bentuk lain. biarkan mereka mencuba dan berani mencuba sesuatu di luar kotak.

nak belanja cara melipat samosa cara saya. akhir sekali saya gambar dengan air shj. melekat juga. Sebelum ini pakai putih telur. 


nak lihat di YouTube boleh klik di sini :-


==========
Kulit Popia yangebih kita buat ChrunChiz Super Ring

ala² kerepek perisa super ring.

mudah sangat cara membuatnya.

cara²nya:-
1. leraikan popia
2. potong 2 bahagian.
3. goreng dengan api sederhana.
dah sejuk masukkan bekas. 
letak gula dan  perisa super ring secukup rasa. (boleh beli dikedai bakery). letak perisa keju pun boleh. kalau waktu PKP ni tutup beli di Seller SHOPEE pun boleh.jimat masa dan tak perlu keluar rumah.


minyak banyak. perlu tapis dulu
.

ha tengokla minyak tu..

saya tapis mcmtu je..

alhamdulilah inilah hasilnya .. cukuplah kami makan anak beranak. cepat je habis.. alhamdulillah..


=======
aktiviti hari ini. 

mengemas rumah.
minta jasa baik anak² kemas bilik masing².alhamdulillah kemas juga akhirnya selepas mami pesan banyak kali. mcmtula kan ragam anak². 

breakfast samosa yang dah lipat semalam. masak behun sikit untuk habibi. bekalan ke kebun.

lepas berkebun suami sempat cari pucuk paku.

alhamdulillah jadi lauk kami hari ini.


bunga kantan sahaja tak tahu nak masak apa. biasanya kantan ni nak masak laksa shj. lain2 masakan memang tak tahu. siapa boleh beri cadangan? 🙋‍♀️🙋‍♂️

========
Rasa mcm puasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sebab asyik berfikir nak masak menu apa esok. 

bila masuk hari ke-7 rasa biasa sahaja. Keadaan jadi lain bila semua di rumah. waktu tenghari dah minta makanan. kebiasaan hari sekolah kadang balik drp sekolah anak² tak makan sebab makan di sekolah.

==========


Terima Kasih Jiran.Wak Cem , Kakna sekeluarga di atas sunbangan. rasa mcm hari raya dapat sumbangan mcmni.. moga Allah murahkan rezeki abg sam dan kaknaa sekeluarga aamin..

dapat beras sokmo. beras haritu pun belum pakai lagi. alhamdulillah..
==============

Harini lunch masak ayam kicap.
alhamdulillah.

solat maghrib berjemaah bersama abi.

amin dan aishah baca quran dan belajar tajwid dengan abi.

auni, ammar mengaji dan membaca buku dgn mami 

waktu isyak amin jadi imam. 
biasalah anak2 solat. walaupun kita ibu penat... biarlah org kata penat harini... doakan anak2 menjadi anak soleh solehah.. aamin

lepas itu baca al mulk sama2. 
baca doa tidur ... tapi semua segar lagi. 

abi print tugasan untuk mereka siapkan..

lepastu baru mereka tidur..abi kata esok hantar.

sebab harini mereka minta abi belikan games minicraft
berbayar. walaupun mami tak setuju.. tapi abi izinkan.. 


alhamdulillah

sama2 didik anak2..

mata dah mengantuk.. nukilan untuk ingatan.. alhamdulillah semua dah tidur.. saya pun nak tidur..  bismikallahumma ahya wa aamuuut.dengan nama Allah aku hidup dan aku mati. In the Name of Allah I live and I die.aamin  maaf kami. doakan kami...
=======

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...