Day 13 - Social Distancing Covid-19 - bf x inti karipap x lunch x dalcano x sunflower x tips untuk ibu from dr TaufiqRazif

Bismillah
Alhamdulillah

Jom kita sedeqahkan Al-fatihah untuk insan yang tersayang yang telah meninggalkan kita...

Alhamdulillah pagi ini tenang-tenang sahaja. Keluarkan bahan daripada peti sejuk sejuk beku nak masak sarapan dan lunch termasuklah sepapan telur. 🤭🤭🤭

Stok telur ada 3 papan. Jiran beri 2 papan. Suami baru beli sepapan. Sayang kalau busuk.. jadi kita ambil langkah bijak.. tak tahu lah bijak tang mane..ni dah terlajak bijak berjimat..🤣🤣🤣🤣



Pagi ini sempat masak beehun goreng daging kisar. Ada baki kuah mee hailam.. boleh juga nak masak ala2 szilling..



Daging ini alkisah kisar semalam nak buat inti karipap. Semalam fokus mengemas... mood kemas bersih tenang perlu diwujudkan untuk memberi suntikan kepada mak2 yang menghadap anak2 solehah solehah 24jam. Hahaha.. gittew.... 🤭🤭🤭

Semalam dapat tips daripda drp Dr Taufiq Razif. Boleh follow Telegram beliau..

===========
😰 Penat Jadi Ibu? 😰

Itulah kenapa sebagai ibu kita kena ada Self Love. Antara cara Self Love di rumah adalah :

💖 Guna 10-15 minit setiap pagi semasa anak masih tidur untuk mengaji, berzikir & duduk bersendirian

💖 Berdandan & peluk diri sendiri sambil berkata dengan penuh penghargaan " saya sayang awak "

💖 Ambil 10 minit pada pukul 12 tengahari untuk tidur sebentar. Ini dinamakan Power Nap. Ini cara untuk recharge tenaga kita

💖 Belajar ilmu & formula tak terkawal membuatkan kita makin mudah penat

#bolehDisebar
#notaparentingTaufiqRazif

========

Memandangkan pagi ini black out, ada masalah sikit dengan letrik rumah ni. Si kecik amany pun meragam menangis. Kita stopkan dulu kerja2 di dapur.

Tadi sedang potong kentang. Plan nak buat inti karipap.


Sempat buat sebahagian. 
Cepat2 isi air dengan garam sebab tak nak bagi kentang lebam. 

Oh ya! Pagi tadi sedang sidai baju di ampaian.. Suami beritahu nak keluar.... pagi tadi dalam 6.50pagi dah keluar ke Nanding. Nak keluarkan duit di ATM. Terpaksalah tunggu suami balik baru dapat ON letrik.

Alhamdulillah penyelamat ketika black out. 
Ada 3 kipas tangan. Kegunaan bila perlu.

=====

En suami nak tunjukkan cara2 bagaimana nak ON semula suis yang berkaitan.


So kita terus siapkan potongan kentang..



Sementara tunggu inti kentang masak kita update blog sekejap.

Pagi tadi tumis2 inti keluar kejap nak petik daun kari. 


Sambil tu seronok tengok bunga Matahari. 🌻 makin berkembang cantik.Alhamdulillah! 
sunflower


====
9.50pagi anak no3 tanya takda lempeng ke?
Mami pun terus melempeng...

Melempeng byk2. 

tu tangan sape tu? macam kenal je..

🤤🤤🤤

Total semua siap dalam 15minit. 

=====

Sepanjang Isnin-Jumaat akan berlansungnya kelas online. 

So ada antaranya yang guna hp, guna laptop. Dari Tahun 5- Prasekolah. Alhamdulillah kelas tak buat sekali. Semalam 1st class pun dh huru hara.hahaha.. penat mak nak handle.😅🤣🤣🤣

Paling aktif kelas Afifah. 3UM.
Alhamdulillah. 

=======

Selepas itu macam biasa anak2 mandi kolam sampai lebam. 

mami pun masak untuk lunch.


tumis buncis + bunga kobis. 
lama tak makan buncis. ttba abi belum. masak sahja..

harini goreng ayam goreng bestari. banyak juga bahagian daging.

so buat coslow.

konon2 makan mcm kepci.
letak sos..

rasa boleh fefeling sendiri sambil pejam mata..alhamdulillah..

==== 

masa anak2 mandi mami ttba rasa nak buat air Dalcano viral.. tapi ada kopi serbuk. biasa jual kat pasar malam.beli awal jan haritu. mami memang suka kopi o. cuma lupa nak buat bila selalu buat KOPI PUTIH AGROMAS.

jadi kita pun cuba2 nak buat..

ada perisa kopi dan milo.
keadaannya lepas diblend.

jadilah begitu rupanya..


letak air batu.. tuang susu segar.. air batu buat sendiri semalam..

sukatan belasah je.. 

air dalcano.. resepi viral guna nescafe.. 
saya guna kopi.
masa nak tuang tapis dulu sebab serbuk kopi banyak..🤣🤣
mami bagi anak2 minum masa mandi kolam


perasa milo

khas untuk ya habibi zauji.
td abi lepak bawah pokok...


=====


 masa amany tidur tadi.alhamdulillah sempat bersihkan seekor ayam. bahagian kepada 3 bahagian. ada 1 bahagian isi sahaja.bolehla masak untuk samosa dll.

=======
projek hari ini semai untuk pokok serai cara jimat. dah lama buat sejak duduk rumah kayu. 
ada rezeki kita update pelan2 in shaa Allah..

=====

Dari malam ada orang nak hack email. jenuhla tukar password.
🤒🤕🤕

========

kata2 motivasi:-
Jadi sendiri lebih baik daripada berpura-pura kerana berpura2 membuat anda letih membawa watak orang lain . -Cik Aster 🌸

" THE SECRET INGREDIENT IS ALWAYS ,❤"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...