alhamdulillah..
Salam Jumaat yang barakah,
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ
Walaupun dalam hati rasa sedih mengenangkan bilakah covid 19 akan berakhir.... rasa tiada berpengujung...menunggu tak pasti bila
kita ambil iktibar daripadanya...
https://www.instagram.com/p/B-MmhmdnIQ_/?igshid=1cxd39vl8ullq
(nnt try record )
seluruh dunia mengalami situasi yang sama.
Di Malaysia bermula malam tadi di Simpang Renggam, sudah diarahkan PERINTAH BERKURUNG DI DALAM RUMAH.
bersyukurlah di tempat kita masih PKP sahaja. Moga kita juga mental dan fizikal untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Hari ke-10 ini .
=====
Menu sarapan hari ini :Lempeng simple
melempeng comel² dalam 1 masa...cepat sikit nak masak..
nak tahu melempeng mudah cara kami di Dusun Abi. klik LEMPENG SIMPLE
sambal ikan bilis mmg ada simpan dalam peti sejuk beku.tinggal panaskan dan tambah ikan bilis. Kebiasanya Hari Sabtu masak Nasi Lemak untuk bekalan sarapan Amin kelas tambahan UPKK. Bekalan untuk kami anak beranak di Masjid. bawa sarapan sendiri lebih mudah walaupun pihak masjid memang menyediakan sarapan. Biasanya saya bawa complete set. Makanan,minuman, kudapan dan kain lap. biasalah anak² kecikkan.. 😉 bila anak² kenyang kita pun senang, mereka tak meragam.kita boleh dengar kuliyah dengan tenang.
alhamdulillah...
=========
Menu lunch : KARI AYAM
PUCUK PAKU TUMIS
Kari ayam
Pengalaman yang mengujakan dapat mencari dan memetik sendiri pucuk paku.
Saya cari di kawasan yang lapang. Agak mudah bagi saya untuk mengenal pasti.
Manakala suami mencari di kawasan belukar. Saya sejujurnya tak berani.😅😅😅
Suami ada bawa bekalan pucuk paku daripada kebun. Hasil suami lagi banyak.
Saya juga meminta suami untuk membuat kenal pasti kerana saya rasa ada pucuk lain yang saya terpetik sekali..🤣🤣🤣😂
Keliru juga dibuatnya..😅😅
apa² pun alhamdulillah.
Pengalaman yang mahal
==========
Minum Petang :Makan Marie Ball(buat semalam).
RESEPI MARIE BALL MUDAH LAGI SEDAP CEPAT LAGI DIMAKAN. 😋😋😋😋
20 keping biskut marie
2 sudu susu pekat
2 sudu milo
2 sudu minyak / marjerin @ butter yang dicairkan
cairkan
coklat compaund (coklat barley's)
agak2 nak pakai je..
coklat urai sekucupnya
cara²nya:-
blend halus biskut marie
kemudian campurkan bahan2 td. kalau rasa x melekat tambah susu pekat sikit. ikut uka kita.
then bulatkan comel².
Cairkan coklat compaund.
masukkan yang kita bulat2kan td.
kemudian mandikan dia dengan coklat urai.
masuk frezer bagi coklat keras sikit.
pastu dah boleh makan.
bismillah...
=======
Minuman Petang : BINGKA ROTI MUDAH SANGAT NAK BUAT.
Pertama kali buat bingkai roti.
Gigih juga nak sediakan bahan.
Guna apa adanya bahan yang ada:
5 keping roti gardenia
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan
100 ml susu segar / susu cair
1 sudu susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya:
Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
Satukan susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh juga blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
Tuang ke no1 dan an masukkan esen vanila dan gula pasir serta susu pekat. Kacau sebati.
bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
Jika atas bingka dah cantik keperangan atau kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..
Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong. Selamat mencuba.
Percubaan pertama ini kurang memuaskan dari segi persembahan... Lihatlah hasilnya. Pecah di permukaan atas. Agaknya terlebih pukul..hahaha
Orang rupa tak penting asalkan rasanya sedap dan boleh dimakan. Anak² pun pandai makan.. Alhamdulillah 🤗
=======
Plan esok buat lempang simple lagi cicah dengan kuah kari harini..
Nak jimat masa.. kita mix and matxh makanan yang sesuai dimakan bersama2.
" THE SECRET INGREDENT IS ALWAYS ❤"
======