CARA MUDAH MENGHILANGKAN LENDIR/HAMIS AYAM

Bismillah..

Pernahkan mak, ibu mengalami masalah menghilangkan lendir ayam ?

Perasan tak setiap kali membersihkan ayam ada lendir putih pada bahagian di antara isi dan kulit ayam?

Tahukah mak2 dan ibu sekalian cara mudah menghilangkan lendir dan hamis ayam?

Bahan yang biasa kita boleh dapati adalah di DAPUR RUMAH KITA SENDIRI.

Antara cara yang biasa saya lakukan adalah membasuh dan membilas dengan TEPUNG GANDUM.

Tepung gandum adalah bahan yang diperbuat daripada bijiran. Biasanya ia digunakan untuk membuat kuih muih ,kek dll.

Walaubagaimanapun fungsi tepung gandum tidak terhad untuk masakan sahaja. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan lendir ayam.

Petua ini saya dapat daripada kak yatiekitchen. Beliau ada tukang masak yang terkenal. Beliau juga memiliki buku resepi beliau sendiri.

Mari kita lakukan ujikaji ini:


Taburkan pada tepung


Rendam seketika

Tugas menjadi mudah untuk menghilangkan lendir


Pastu semula sehingga bersih.
Kemudian terpulang kkepadakita untuk perasakan dengan garam & kunyit


Boleh guna simpan dalam bekas kepada beberapa bahagian mengikut bahagian yang kita suka.

Isi daging - biasa boleh buat samosa , kalau rajin buat sate...
Isi yang  berisi tulang seperti kepak,peha, dan  rusuk - bahagian fav ramai org
Kaki - simpan sikit2 lama boleh buat sup kaki
Lemak dan kulit ayam dan tongkeng- lemak tu biasa buang. Samalah kuliy ayam. Kalau suka nak goreng,perisakan dengan garam dan kunyit. Goreng garing2.. krup krap...

Pesanan:
Masa nak buang air bahan itu.  
Seeloknya guna tapis halus.. 
Ikut pengalaman saya.. 
Lemak dan lendir ayam tadi akan sangkut di  bahagian lubang sinki.
So sinkiù akan jadi tersumbat.



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...