DAY 2
PKP
19 MAC 2020
KHAMIS
lepas anak2 tidur kejut ya habibi zauji utk dinner. walaupun jam 11malam. memandang tadi masa anak2 makan ya habibi zauji terlelap sekejap. Dia pesan nak makan lewat sedikit.
.
Menu malam ini simple telur goler kicap potong bawang besar + sup kosong. lunch hari ni masak bubur ayam.
petang tadi bakar satey nenek. Embah (mil) bagi nasi arab.
Malam ini saja nak kongsi menu yang simple lagi mudah untuk disediakan. menu ni saya masak semalam utk anak2..
bahan2:-
-roti gardenia putih (enak dimakan begitu saja)
-telur
-buttercup
cara2:-
1. Sapukan buttercup dipermukaan roti. saya memang sapu byk jugala. buttercup tu saya beli yg salted.
2. Bakar roti dua2 belah.
3. pecahkan telur. dan masak di atas kuali leper. saya letak butter sikit supaya tak melekat. agak2 putih dah garing saya angkat letak kat roti. tapi nampak yang oren mcam belum masak. saya masukkan dalam microwave. masak 1 minit.
kalau perhati mmg tak masak yang oren tu bila masak macamni.
ni rupanya lepas di masak dalam microwave.
anak2 mmg sukakanya.
anak2 yang suka pedas letak mayo dan cili sos.
yang nak kosong makan mcmtu pun sedap.
masing2 lapar lepas mandi kolam.
alhamdulillah.
plan esok lepas subuh nak buat hafazan utk anak2 .
plan nak masak cookies cornflakes tali buttercup dah habis.
siang tadi buat cornflakes madu.
buat masa ni kami mmg STAY AT HOME.
sejujurnya saya mmg suka duduk rumah..hihi
sesuailah title suri rumah..🤭🤭🤭