[HARI KE-3 PKP] Review Tudung Raudhah keluaran D'Mahligai Scarf

bismillah.alhamduliah..
salam jumaat yang mulia..

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ

DAY 3
PKP COVID-19
20 MAC 2020
JUMAAT


moga kita diberi kelapangan untuk membaca Al-kahfi.. 🤲🤲🤲

alhamdulillah harini diberi kelapangan untuk review tudung yang hari-hari digunakan.

Gigih lap cermin untuk clearkan tapak tangan anak².. haha.. biasalah anak² cop cop tangan kat cermin.. then sayacuba ambil gambar sendiri depan cermin..

Sebelum itu, ingin saya ingin maklumkan review ini tidak berbayar . ianya sekadar pendapat saya sendiri sahaja.

ini berdasarkan sepanjang saya memakai dan menggunakan moss crepe printed.

======

Permulaannya begini,
Tudung sarung kembali menjadi pilihan hati saya terutamanya semasa mengandung dan mempunyai bayi.

kelebihan tudung sarung antaranya:-
✅  dapat bersiap dalam 2 saat⚡
✅  menjimatkan masa

kelebihan tudung sarung berdagu antaranya :-
✅  dapat melindungi aurat bawah dagu ( bahagian lembut)
✅ dapat menutupi muka tembam.
✅ Nampak sopan di pandang mata, aurat terpelihara.

kelebihan material moss crepe
✅ sejuk
✅ tak perlu gosok
✅ selesa

cuma nasihat saya elok kita pakai ikut size badan kita,bukan apa kalau labuh sangat tapi badan kecil.ianya akan mengikut bentuk badan. seeloknya kita pakai size yang sesuai dengan ukuran badan kita. ini sekadar pendapat saya mengikut keselesaan dan pengalaman saya. maaf jika pendapat kita berbeza.

alkisahnya, saya suka bershawl juga tapi bila ada anak kecil. Bab menyusukan anak menjadi halangan untuk bershawl.

Jadi setiap kali nak ke majlis kahwin, saya berhajat nak pakai shawl akhirnya saya piliih tudung sarung juga memikirkan anak kecil yang comel. kalau menangis lagi haru maknya..hahaja

suami pernah berpesan "pakailah tudung yang rasa selesa untuk kita pakai ". terutamanya pakaian seharian dan "outing".

Sejujurnya banyak-banyak tudung, saya suka material moss crepe.

kalau tanya saya moss crepe plain(kosong) @ printed (bercorak) ? Saya suka moss crepe yang printed.

kalau yang tahu kelebihan moss crepe ni.. ikut juga berat kain, kalau yang custom printed (biasanya harga lebih mahal).

moss crepe plain (kosong) biasanya kita akan dapat komen jarang. Memang benar jika kita lihat terus ke cahaya memang akan nampak. Tapi legapan cahaya itu tak berapa nak nampak untuk warna gelap.
(Sebenarnya mana2 kain kebanyakannya sama)

untuk kurangkan legapan itu., kita sendiri perlu bijak letakkan diri  kita pada masa dan tempat yang sesuai.


Potongan kain pun nak kena ikut alur.. bukan suka suki main gunting je. biasanya tudung labuh ni makan banyak kain. kalau perasan ada alur kat bahu kain.kira potongan dia tu labuh. bab alur alur nak potong kain ni kalau tak faham kena tanya tailor.

Perasan tak? Sekarang ini dah banyak penguasaha tudung yang keluarkan tudung moss crepe ni.
Macam² jenama ada.. Sebagai pengguna kita kenalah buat servey dan baca details product sebelum membeli. Jangan dah beli baru nak salahkan penjual.. Tak baik tau...kecualilah kalau penjual tu tak menerangkan yang sepatutnya..  INGATLAH SETIAP APA YANG KITA BUAT AKAN DICATAT DAN DIHITUNG.

Antara pengeluar tudung
yang memenuhi citarasa saya buat masa ini, tudung keluaran dmahligai scarf. setakat ini paling selesa untuk dipakai seharian. Sebab kebanyakkan keluaranya BERDAGU.

Selain itu, pihak dmahligai juga jahit bukaan muka kepada tiga (3) pilihan saiz muka iaitu S, M & L.

Saiz M- yang muka standrad untuk kebanyakkan orang adalah size M.

Saiz L-  Kalu muka agak lebar dan luas sesuai saiz L.

Saiz S- yang muka kecil sesuai saiz S.

So kenalah ukur dulu sebelum membeli. kalau muka pipi chubby macam saya ni saya pakai saiz M. ngam2 sedang elok. cun!

Pilihan corak keluaran dmahligai juga ada lebih 10 warna. So jangan pening² boleh pilih mana berkenan di hati.

Material moss crepe printed ini lebih kurang sama dengan Moss Crepe Plain. Material kain ini memang sesuai dengan cuaca negara kita (Malaysia).

Material moss crepe ni permukaannya mcm berpasir ,  ringan dan sejuk serta selesa dipakai.

antaranya keburukan kain moss crepe ini:-
❌ Jauhkan daripada terkena paku/pin. sebab ianya mudah juga tercarik. Takdala carik sangat. Mana² kain pun kalau dah tersangkut.. bukan takat carik..boleh koyak beb! hahhaa.. so far kualiti kain dia selesa untuk dipakai.

Pada awalnya, sejujurnya saya memang tidak meminati tudung bercorak. apabila saya perasan apabila bercorak inya akan mengurangkan proses legapan.

Bila dah selesa memakainya, lama kelamaan kita tak kesah kan lagi pasal corak.  yang penting selesa ketika memakainya.

Kesimpulamnya...kiranya hari ini kita berOTTD la konon-kononnya..😂🤣🤣🤣

p/s: sorilah pakai topeng muka cartoon..
 ai is pemalu..ahaks..
hahaha..
gambar atas ni rasanya Tudung Raudhah keluaran ke-4 . saya sanagat sukakanya cutting yang ini. sesuai dengan tinggi (150cm) dan berat (60+ kg) saya ketika ini.

pandangan sisi.kelebihan tudung dmahligai ini. labuh depan belakang hampir sama.

pandangan hadapan. 
kebanyakkan tudung keluaran dmahligai adalah berdagu. itu yang paling saya suka.


yang atas ini keluaran raudhah ke-5. cutting kali ini berbeza. agak labuh. harga sehelai rm64. ada less sehelai rm54.
nampak labuh lagi keluaran yang baru ini..

========
untuk awning keluaran dimahligai ada 2 jenis:-

1. denim cotton 

2. scuba

saya lebih suka scuba.  lebih terletak tapi kalau salah jahit jadi kembang. denim tu serap peluh. selasa juga dipakai cuma nak kemas perlu gosok sikit.

========

setiap orang ada citarasa masing2.saya lebih sukakanya penampilan yang sederhana,aurat terpelihara. 
nak beli tudung raudhah batch ke5 ni masih ada. 

ada size L, XL, XXL.






tudung labuh moss crepe





model ini pakai lagi comel daripada saya pakai. model pakai size XL. 

OH YA! lupa nak beritahu..
untuk Raudhah batch 4.0 tu dah SOLD OUT . Harap jangan ada yang tanya ya.. Yang saya pakai tu saiz L. 

cuma Raudhah batch 5 ni pihak Dmahligai Sarf buat beza cutting sikit. 

nak info lain tentang material kain lycra, denim cotton, moss crepe boleh klik link 

harap penerangan saya ini dapat membantu anda memahami material kain.

allahu'alam.. mohon maaf di atas kekurangan. 

fi amaanillah..🤗❤🌻

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...